Sunday, 23 September 2012

Musafir di bumi Australia

Sedar tidak sedar, rupanya sudah hampir tiga tahun saya sekeluarga tinggal dan bermusafir di Australia. Mengimbau dari saat mula menjejakkan kaki sehinggalah sekarang ini, rasanya banyak dan pelbagai pengalaman hidup yang kami alami.  Terdetik di hati untuk merakamkan pengalaman tersebut dalam bentuk tulisan sebagai kenangan dan rujukan di masa hadapan. Selain itu, saya ingin berbagi pengalaman dengan pembaca yang membaca tulisan ini semuga ianya berguna dan bermanafaat .

Tanggal 26 September 2009 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup saya kerana pada hari tersebutlah kali pertama saya meninggalkan Malaysia menuju bumi Australia. Pemergian saya ini adalah bagi mengikuti dan menemani isteri melanjutkan pengajian peringkat Phd di Universiti ʍonash ʍelbourne. lni  adalah pengalaman pertama saya dan anak-anak ke luar negara tetapi bukan bagi isteri kerana sebelum ini beliau pernah sampai ke Jerman, Greece dan Peranchis atas urusan kerja.


Pengalaman bermusafir di bumi Australia selama lebih tiga tahun
banyak mendidik jiwa dan mengajar kami erti kehidupan.

Ketika pertama kali, isteri saya meluahkan hasrat hatinya untuk melanjutkan pengajian peringkat Phd di ʊniversiti ʍonash ʍelbourne, Australia. Sukar dan berat rasanya hendak membuat keputusan  samada mahu atau tidak  mengikuti isteri ke sana. Saya meminta  tempoh seminggu bagi menimbang dan memikirkannya sebelum membuat keputusan.  Pelbagai persoalan dan kemusykilan bersarang  dalam minda saya. Jika saya mem buat keputusan untuk  PERGI - bagaimana dengan kedua ibubapa kami, pekerjaan saya, rumah, kereta, pohon bunga, pokok ciku, mempelam,dokong, sukon, kelapa pandan, persekolahan anak-anak dan persoalan lainnya.  Sayu bila mengingatkan raut wajah sedih kedua ayah dan  emak  bila saya memberitahu mengenai hasrat kami hendak ke Australia.  

ʍasih terngiang-ngiang di cuping telinga kata-kata ayah, “mengapa lla masih hendak mengaji lagi, bukankah dah jadi doktor pakar?. Hendak belajar perkara apa pula?” Pertanyaan ayah ini, saya serahkan kepada menantu kesayangan  untuk menjelaskan mengenai  hasrat hatinya itu.  Kedua ayah dan emak akur dan faham dengan penjelasan menantu mereka. Walaupun tidak menyatakan dengan ucapan, namun riak kesedihan di wajah mereka tidak dapat disembunyikan. lni kerana selepas pemergian kami nanti, mereka tentu rasa kesunyian dan kehilangan  kerana tidak dapat bertemu mata, bermesra dan melayan keletah nakal cucu-cucu. 


ʍemang sudah menjadi rutin, setiap hari Jumaat kami sekeluarga akan bertandang ke rumah emak dan ayah bagi menyantuni mereka,bertanya khabar, mendengar, bercerita dan sebagainya. Kesedihan yang terkias di wajah mereka inilah yang membuat saya sukar untuk membuat keputusan.

Berkaitan dengan kerja, gundah dan buntu rasanya hendak membuat keputusan. Saya yang bekerja dengan jabatan Kerajaan berada dalam dilema-jika keputusan untuk  PERGI  dipilih, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun.  Natijahnya setiap bulan saya tiada gaji lagi dan selama tiga tahun tiada kenaikan tangga gaji. Saya juga akan hilang seniority dan tipis peluang kenaikan pangkat berbanding dengan rakan-rakan sama batch. Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan dengan kata-kata bila mengenangkan semua itu.

House Husband

Selain itu, saya memikirkan bagaimana nanti dengan rumah,kereta dan kebun buahan terpilih di tanah  belakang rumah yang baru saya usahakan. Siapakah yang akan menjaga dan  mengurusnya atau apakah ianya akan terbiar begitu sahaja. Selama tempoh tiga tahun, saya perlu menjadi house husband yang perlu melakukan kerja-kerja rumah, menjaga dan mengurus anak-anak kami seramai tiga orang yang berusia 9, 7 dan 2 tahun. Kebanyakan masa perlu dihabiskan di rumah dan menghantar  anak, pergi dan pulang dari sekolah. Bergumang pertanyaan di benak fikiran apakah saya mampu melakukannya. apakah saya berkebolehan  mengurus anak-anak  kami - 2 perempuan, 1 lelaki dengan baik di samping memberi pertolongan dan sokongan moral kepada isteri.

Bagaimana pula jika keputusan TIDAK PERGI diambil, tentunya isteri saya akan sedih dan kecewa.  Bidang  pekerjaannya sebagai pensyarah dan pakar psikiatri di HUSM Kubang Kerian menuntut pertambahan ilmu terkini dan semasa. Selain merawat pesakit di klinik, beliau juga perlu melakukan tugas-tugas pengajaran bagi pelajar-pelajar perubatan di HUSM. Bagi menjadi seorang doktor dan pensyarah yang baik, pengajian  Phd ini penting baginya. Pesakit dan pelajar mendapat lebih banyak manafaat jika perawat dan pengajarnya berwibawa dan berilmu. Beliau bukan sahaja penting kepada saya dan anak-anak tetapi juga kepada masyarakat. Peranannya bukan sahaja sebagai seorang doktor pakar yang merawat pesakit tetapi juga pensyarah yang melahirkan banyak bakal doktor baru.

Dilema sungguh. Saya buntu mahu ikut isteri atau tidak. Sempat juga saya merujuk beberapa sahabat mohon pandangan. Satu pandangan sahabat sangat terkesan dan bermakna buat saya. Dia mengingatkan saya jika tujuan kita adalah iman dan taqwa, maka bertawakkallah kepada Allah. Setelah berbincang dan bermesyuarat dengan sahabat, isteri dan anak-anak- saya tekad membuat keputusan. Hadis yang dilaporkan oleh Anas bin Malik sentiasa menjadi panduan hidup, kata Rasulullah SAWː

” ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ”

Maksudnya; Tidak akan binasa sesiapa yang beristikharah dan tidak
                 akan menyesal sesiapa yang bermesyuarat

Selepas seminggu berfikir dan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut, saya akhirnya membuat membuat keputusan muktamad. Keputusannya adalah PERGI walaupun ianya menuntut suatu pengorbanan. Saya bersetuju mengikut isteri ke ʍelbourne, Australia bagi memberi beliau peluang menggapai impiannya dan seterusnya menjadi insan yang lebih baik. Pastinya saya akan rasa kehilangan dan rindu kepada kedua emak dan ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, makanan, persekitaran dan masyarakat yang sudah intim, sebati dan serasi di hati.

Pun begitu, keputusan ini juga memberi peluang kepada kami untuk melihat negara orang. Belajar memahami dan menyesuaikan diri dengan adat, budaya, peraturan dan persekitaran baru. Seterusnya mengambil manafaat apa yang baik dan apa tidak baik dijadikan sempadan. lanya suatu keputusan yang besar dalam perjalanan hidup kami sekeluarga. Semuga keputusan ini memberi kebaikan dan kami berserah diri kepada Allah Jalajalalluh. Alhamdulillah, hati berasa tenang untuk meneruskan musafir ini. Kalamullah dari ayat 159, surah Ali Imran meneguhkan lagi pendirian saya,

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, Untuk membuat   sesuatu) maka berserahlah kepada Allah,  sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

                                                                              bersambung…                                                                                                           

Saturday, 22 September 2012

Sebelum bermusafir ke Australia....


Sebelum berangkat ke Australia, kami menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada menyambut Aidilfitri di Malaysia khususnya di Kelantan dan Selangor.  Disebabkan kami sudah bermastautin di Kelantan, hari pertama Aidilfitri diraikan bersama dengan keluarga sebelah saya. Manakala pada hari kedua , kami sekeluarga bersama bibik ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk menaiki pesawat MAS KB-KLIA, bagi merayakan Aidilfitri bersama keluarga sebelah isteri di Kg. Sg. Lang Baru, Banting, Selangor.

Sampai sahaja di Lapangan Terbang, kami terus ke kaunter pendaftaran masuk. semua beg atau bagasi yang hendak kami bawa ke Australia diimbas dengan mesin x-ray dan ditampalkan tag pemeriksaan. Seterusnya kami mendaftar masuk. Setiap orang diperiksa dan diverifikasi benar  seperti dalam passport dan itinerary. Semua beg kami ditimbang bagi memastikan tidak melebihi had yang dibenarkankan sebelum diterima masuk. Selepas itu barulah boarding pass dikeluarkan. 


Di airport Peng. Chepa- 21 september (raya ke 2). Sebahagian ahli keluarga yang menghantar kami.


Sebelum masuk ke ruangan berlepas, suasana hiba berlaku ketika tiba saat perpisahan di antara kami sekeluarga dengan rombongan yang menghantar kami ke lapangan terbang. Rombongan yang terdiri emak, adik-adik dan kakak saya bersama keluarga masing-masing. Ayah tidak dapat datang bersama kerana kurang sihat.  Emak tidak dapat menahan rasa sebak, saya lihat beliau menyapu air mata yang bergenang di kelopak matanya. Begitu juga keadaannya dengan kakak  dan adik perempuan saya.

Usai mengucap salam , kami melangkah masuk ke pintu pemeriksaan untuk berlepas dengan perasaan sayu.  Selepas melalui pemeriksaan hand luggage dan boarding pass, kami berjalan menuju ruangan berlepas.  Seterusnya kami menaiki pesawat MAS menuju KLIA. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dan kapalterbang yang kami naiki selamat mendarat di 
KLIA.

Dari KLIA , kami di jemput oleh Syahril atau Atan panggilan manjanya, iaitu adik bongsu isteri saya dengan kereta. Oleh kerana satu kereta tidak dapat menampung bilangan kami dan semua beg  yang dibawa, saya menyewa satu lagi kereta sewa disediakan di lapangan terbang KLIA. Tambangnya adalah sebanyak RM85 bagi route ke Banting.  Saya bersama seorang anak dan sebahagian beg menaiki kereta sewa manakala isteri , 2 anak dan bibik menaiki kereta yang dipandu oleh Atan. Perjalanan mengambil masa 40 minit dan kami selamat sampai ke rumah emak dan ayah mertua saya. Seperti Aidilfitri tahun-tahun yang lepas rumah mertua sentiasa meriah dengan kunjungan sanak saudara dan jiran tetangga yang jauh dan dekat.  

Suasana meriah sambutan Aidilfitri begitu terasa sekali bila adanya rumah terbuka, aktiviti kunjung-mengunjung dan saling bermaafan di antara  satu sama lain. Ditambah pula terdapat pelbagai kuih dan beraneka ragam juadah istimewa yang disediakan. Suatu yang menjadi kebahgiaan dan kesyukuran kepada saya dan isteri  bila masing-masing masih ada emak dan ayah. Kami juga mempunyai adik-beradik,ipar duai dan saudara yang ramai. Kemeriahan begitu terasa bila semua dapat berkumpul. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi banyak peluang dan masa kepada kami menyambut Aidilfitri bersama orang-orang yang tersayang.  Kami menyambut Aidilfitri di Banting  sehingga hari kelima sebelum musafir kami ke Australia bermula...