Setelah beberapa minit pesawat berlepas naik dari landasan, ia akhirnya mencapai cruising altitude. Tidak lama selepas itu isyarat lampu pasang talipinggang keselamatan dipadamkan dan penggunaan tandas dibenarkan semula. Semua kerusi dalam pesawat penuh dengan penumpang yang hampir separuhnya bukan berwajah Asia. Buat pertama kali saya menaiki pesawat Boeing 747 yang penuh dengan penumpang. Pesawat ini mempunyai 3 barisan tempat duduk dengan susunatur kerusi-kerusinya secara 3-4-3. Dianggarkan lebih daripada 300 penumpang berada dalam pesawat ini. Semua ini menimbulkan rasa kagum dalam diri saya, bukan sahaja iannya boleh mengangkat dan mengapungkan badannya yang besar dan berat di udara tetapi juga boleh menampung beban keseluruhan penumpang serta bagasi yang terkandung di dalamnya.
Bukan itu sahaja, pesawat ini juga mampu terbang dalam jarak yang jauh dan jangkamasa yang lama serta pada tahap kelajuan yang tinggi. Bagi jarak 6367 km dari Kuala Lumpur ke Melbourne, pesawat ini mampu terbang tanpa henti dalam tempoh 8 jam dengan kelajuan purata 796 km/jam. SubhanAllah, dengan sedikit ilmu yang Allah anugerahkan, manusia dapat mencipta dan melakukan sesuatu yang hebat dan mustahil boleh dilakukan sebelum ini. Semua ini dengan kekuatan ilmu seperti mana yang telah dinyatakan dalam AlQuran Surah Ar Rahman, ayat 33-34 :
Mahfumnya:
Wahai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi
( melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan
dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan. Maka nikmat
Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?
( melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan
dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan. Maka nikmat
Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?
Setelah hampir 30 minit terbang, suatu pengumuman oleh staf yang bertugas berkenaan dengan hidangan minuman dan makanan dalam pesawat. Sejurus selepas itu hidangan beberapa jenis makanan dan minuman pun bermula. Minuman panas/mineral/kotak dan makanan yang telah siap berbungkus disusun di atas troli. Troli ini ditolak oleh 2 pramugari/ra di sepanjang lorong antara barisan tempat duduk penumpang. Sebanyak 2 troli yang digunakan untuk tujuan tersebut dimana setiap satu dikendalikan oleh dua pramugari/ra. Kami sekeluarga dihidangkan dengan 2 nasi lemak, 1 nasi ayam masak merah dan 1 steak. Semua makanan tersebut dibungkus dalam bekas yang disaluti lapisan Aluminium. Manakala minuman pula 2 botol kecil air mineral dan 2 air kotak.
Setelah selesai makan, semua bekas makanan dan minuman dikutip oleh para petugas untuk dilupuskan. Kira-kira 15 minit kemudian, lampu utama dipadamkan dan hanya beberapa lampu kecil sahaja dibiarkan menyala. Bila suasana menjadi semakin kelam, barulah saya, isteri dan anak-anak dapat melelapkan mata. Boleh dikatakan setiap jam saya terjaga bagi memastikan kami tidak terlepas solat subuh. Lebih kurang pukul 5.15 pg, secara bergilir-gilir isteri, anak-anak dan saya ke tandas yang berdekatan dengan tempat duduk kami bagi menunaikan hajat dan mengambil wudhu. Usai mengambil wudhu’, kami solat subuh di satu ruang kecil berhampiran dengan pintu pesawat secara bergilir-gilir dengan kebenaran krew yang bertugas. Walaupun tidak mengetahui waktu sebenar subuh dan di mana kami berada pada masa itu, kami tetap mengerjakan solat dengan harapan Allah SWT menerima amalan kami. Ayat 177 dari surah Al-Baqarah menjadi panduan dan pedoman kepada saya bila menghadapi situasi begini!
Mahfumnya:
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu adalah suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah barang siapa yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, Ibnu sabil (musafir) dan orang-orang yang meminta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya (budak), mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menempati janjinya ketika ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan dan penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa".(Al-Baqarah: 177)
Selepas solat subuh, saya tidak dapat lagi melelapkan mata sehinggalah pengumuman dari sistem pembesar suara pesawat yang menyatakan pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne dalam masa satu jam berikutnya. Serentak dengan itu, Australia Incoming passenger card diedarkan kepada penumpang dan penjelasan berkenaannya dinyatakan. Australia Incoming passenger card adalah satu kad kecil yang mempunyai 27 soalan yang mesti jawab oleh setiap penumpang yang memasuki Australia. Soalan-soalan tersebut adalah berkenaan dengan biodata, taraf kesihatan, barangan dan wang dibawa, sejarah pergerakkan 6-30 hari yang lepas dan tujuan kedatangan.
Kad ini perlu diserahkan kepada Customs and Border Protection officer untuk tujuan pemeriksaan. Ianya adalah legal document dan kegagalan atau membuat pengistiharan palsu akan mengakibatkan seseorang itu boleh didenda AUD 220 pada masa itu juga atau didakwa di Mahkamah Australia. Jika sabit kesalahan, boleh didenda melebihi AUD 66 000 dan berisiko dipenjara 10 tahun dan satu catatan rekod jenayah. Seseorang itu tidak akan dikenakan tindakan jika semua barangan diisytiharkan, walaupun ada di antaranya yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia.
muka depan Australia Incoming passenger card |
Kad ini perlu diserahkan kepada Customs and Border Protection officer untuk tujuan pemeriksaan. Ianya adalah legal document dan kegagalan atau membuat pengistiharan palsu akan mengakibatkan seseorang itu boleh didenda AUD 220 pada masa itu juga atau didakwa di Mahkamah Australia. Jika sabit kesalahan, boleh didenda melebihi AUD 66 000 dan berisiko dipenjara 10 tahun dan satu catatan rekod jenayah. Seseorang itu tidak akan dikenakan tindakan jika semua barangan diisytiharkan, walaupun ada di antaranya yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia.
muka belakang Australia Incoming passenger card |
Australia terkenal dengan pemeriksaan yang ketat dan undang-undang yang tegas berhubung perkara ini. Undang-undang ini adalah bertujuan melindungi rakyat, haiwan dan tumbuhan di Australia daripada perosak dan penyakit yang dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Pesawat yang kami naiki kemudiannya secara beransur-ansur mengurangkan kelajuan dan merendahkan altitud penerbangannya. Tidak lama selepas itu kami sampai dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne (LTAM).
Semua penumpang perlu mengemukakan passport dan Incoming Passenger Card yang telah lengkap diisi kepada Customs and Border Protection officer (CBPO) sebelum boleh mengambil bagasi masing-masing. Di lapangan terbang ini proses immigration clearance dikendalikan oleh CBPO bagi pihak Jabatan Immigresen. Pegawai yang bertugas akan memeriksa dokumen yang berkaitan dan kebenaran memasuki Australia bagi setiap penumpang. Bila semua syarat dipatuhi barulah seseorang itu dibenarkan masuk ke Australia. Jika terdapat masalah berkenaan dengan dokumen pengenalan atau kebenaran memasuki Australia barulah ianya dirujuk kepada staf immigresen di lapangan terbang untuk menyelesaikannya
a
Bersiap sedia untuk turun dari pesawat |
26 September 2009 - Ini adalah hari pertama saya sekeluarga menjejakkan kaki di bumi Australia. Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne lebih kurang pukul 8.30 pagi waktu Malaysia atau 10.30 pagi waktu Melbourne selepas melalui perjalanan selama 7 jam 50 minit dari KLIA. Alhamdulilah, itu kalimah yang mampu dilafazkan tatkala keluar dari pintu pesawat dan merasai serta menghirup udara Melbourne. Kami sekeluarga menuruti penumpang lain menuruni tangga yang diletakkan di pintu pesawat. Sebaik sahaja kami semua berpijak di atas lantai landasan, saya berkata “Kita telah sampai ke Australia!”. Kata-kata saya dijawab dengan anggukkan dan kuntuman senyum dari isteri dan anak-anak. Kami terus menapak mengikut penumpang lain ke bahagian imigresen. Ianya adalah perkara yang perlu dilakukan kerana lapangan terbang Melbourne masih lagi asing bagi kami.
Semua penumpang perlu mengemukakan passport dan Incoming Passenger Card yang telah lengkap diisi kepada Customs and Border Protection officer (CBPO) sebelum boleh mengambil bagasi masing-masing. Di lapangan terbang ini proses immigration clearance dikendalikan oleh CBPO bagi pihak Jabatan Immigresen. Pegawai yang bertugas akan memeriksa dokumen yang berkaitan dan kebenaran memasuki Australia bagi setiap penumpang. Bila semua syarat dipatuhi barulah seseorang itu dibenarkan masuk ke Australia. Jika terdapat masalah berkenaan dengan dokumen pengenalan atau kebenaran memasuki Australia barulah ianya dirujuk kepada staf immigresen di lapangan terbang untuk menyelesaikannya
a
Mengambil bagasi yang diletakkan di atas Belt Conveyor
di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne (LTAM)
|
Kami terpaksa beratur panjang , bagi membolehkan dokumen dan passport diperiksa sebelum dibenarkan masuk. Selepas itu kami mengambil bagasi yang sudah dipindahkan daripada pesawat ke dalam bangunan terminal dan diletakkan di atas belt conveyor yang berpusing perlahan. Dua troli digunakan untuk meletak semua beg/bagasi tersebut dan ditolak menuju pusat saringan keselamatan untuk diimbas dengan mesin X-ray. Sebelum sampai ke pusat saringan seorang petugas memeriksa Incoming passenger card kami dan memaklumkan bahawa beg yang mengandungi barangan seperti yang diistiharkan dalam kad tersebut perlu dibawa ke tempat khas untuk pemeriksaan lanjut. Sementara beg-beg yang lain perlu melalui imbasan mesin X-ray. Saya dan isteri membuat keputusan kami berpecah dua - saya dan anak-anak beratur beratur menunggu giliran beg-beg kami diperiksa dan diimbas. Manakala isteri saya mengambil satu beg yang mengandungi makanan ke satu lagi tempat pemeriksaan.
gg
Nur Hafizah yang kesejukan. Di belakangnya
Rudy bersama isteri dan anak-anak
|
Bergambar di kawasan mengambil penumpang di LTAM |
Bergambar di sebelah Van yang akan membawa
kami ke Sarah Close, Clayton.
|
Setelah hampir satu jam beratur dan melalui pemeriksaan, kami pun melangkah keluar ke ruang ketibaan . Di sana kami berjumpa dengan Rudy sekeluarga yang juga baru selesai melalui prosedur pemeriksaan yang sama. Di ruang ketibaan, terdapat ramai penumpang yang duduk berehat di atas kerusi sementara meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Kami pula menunggu seseorang yang diupahkan oleh Universiti Monash untuk menjemput kami dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne (LTAM) ke rumah kenalan rakyat Malaysia yang tinggal di no.4, Sarah Close, Clayton South,Victoria iaitu kira-kira 53 km dari LTAM.
Membawa bagasi ke Van, sebelum bertolak ke Clayton |
Bersama Rudy sekeluarga di dalam kenderaan yang
membawa kami dari LTAM ke Clayton
|
Rumah pertama - tempat di mana kami menumpang dan berlindung di Australia. |
Setibanya di Sarah Close, kami disambut oleh Azhar Mohamed Burhan dan isterinya Normazla Mahir bersama 3 orang anak mereka iaitu Afiq,Nurin dan Sasha. Selepas mengucapkan terimakasih kepada Mat Saleh yang menghantar, kami pun memasukkan beg-beg ke dalam rumah. Selepas bertanya khabar dan beramah mesra, kami dijamu dengan nasi lemak masakan Normazla khas untuk kedatangan kami. Tidak sangka rupanya ada nasi lemak di sini. Terima kasih tuan rumah! Selepas makan, Rudy sekeluarga ke rumah seorang lagi kenalan di Springvale kira-kira 4 km dari Sarah Close. Manakala kami menumpang di rumah Azhar dan Normazla di Sarah Close buat sementara waktu sebelum dapat menyewa rumah lain. Maka bermulalah musafir kami di bumi Australia.....
No comments:
Post a Comment