Selesai urusan pendaftaran pengajian isteri dan persekolahan anak-anak, tumpuan kami beralih pula kepada mencari rumah sewa dan kereta. Kedua-duanya adalah keperluan hidup yang penting, rumah sebagai tempat penginapan dan kereta menjadi medium pengangkutan. Mendapatkan ‘2P’ ini iaitu penginapan dan pengangkutan yang sesuai adalah salah satu hal yang penting dalam menjalani pengajian dan hidup di Victoria. Penginapan dan pengangkutan yang sesuai dapat membantu sesorang itu belajar lebih baik, cepat berbaur, bersosial dengan lebih efektif dan menikmati hidup yang baik serta bermakna.
Keperluan dan permintaan kepada penginapan terutama 7 km sekitar Universiti Monash agak mendesak kerana kawasan ini bukan sahaja menjadi tumpuan warga tempatan tetapi para pelajar luarnegara yang datang melanjutkan pengajian di sini. Mengikut tinjauan kami, harga atau kadar sewa semakin tinggi jika penginapan itu semakin hampir dengan kampus universiti. Secara umumnya terdapat 3 jenis penginapan yang biasa disewa oleh para pelajar di sini iaitu rumah, unit dan studio. Rumah adalah kediaman yang mempunyai halaman depan dan belakangnya sendiri manakala unit pula adalah penginapan yang berkongsi halaman dengan unit-unit lain dalam kawasan yang sama. Studio pula lebih merupakan sebuah bilik yang boleh menampung 2 orang penghuni sahaja. Ianya adalah mirip dengan bilik hotel atau asrama.
Rumah yang mempunyai halamannya sendiri |
4 Unit penginapan yang berkongsi halaman depan |
Secara umum ada 2 cara mencari penginapan di sini. Yang pertama adalah memantau iklan rumah kosong yang boleh didapati di akhbar, risalah, laman carian di internet ataupun papan iklan di hadapan rumah yang diiklankan. Beberapa laman carian seperti domain.com.au atau realestate.com.au yang boleh kita terokai. Bahkan kita boleh mencari dengan mengkhususkan di suburb atau persekitaran mana kita mahu tinggal, berapa budget dan berapa bilik tidur yang kita inginkan. Yang kedua adalah dengan pergi terus ke pejabat agen pengurusan hartanah untuk meminta senarai yang mereka tawarkan. Terdapat banyak agen-agen pengurusan hartanah yang menawarkan perkhidmatan mereka di sini contohnya Barry Plant, Darras and Zervas, Raywhite, Harcourts, Stockdale, LJHooker, Buxton dan banyak lagi. Di Australia urusan sewa dan jual-beli rumah biasanya dilakukan melalui agen hanya sebilangan kecil sahaja yang berurusan terus dengan tuan rumah.
Jika berminat, kita perlu mengisi borang permohonan untuk menetapkan tarikh dan masa lawatan untuk melihat langsung penginapan yang kita inginkan atau istilahnya property inspection. Untuk melakukan pemeriksaan, agen akan menetapkan masa yang spesifik dan selalunya pada hari minggu dengan masa selama 15-30 minit. Pemeriksaan ini diatur biasanya bersama-sama dengan bakal pembeli/penyewa yang lain. Kalau kita tidak melakukan pemeriksaan dan melihat secara langsung, mengikut undang-undang kita tidak boleh membeli/menyewa penginapan tersebut. Persaingan mendapat rumah tersebut adalah tinggi jika terdapat ramai yang berkenan kepada penginapan yang sama. Jika keadaan ini berlaku, selalunya pembeli/penyewa yang menawarkan kadar yang lebih tinggi akan mendapatkannya. Proses mendapat rumah sewa atau penginapan ini biasanya mengambil masa 1-2 minggu bergantung kepada lokasi, jenis penginapan dan kadar sewa yang ditetapkan.
Jika permohonan berjaya, perjanjian sewaan akan ditandatangani di antara agen dengan penyewa. Kelayakan penyewa dipastikan dengan semakan dilakukan berkenaan penyata sumber kewangan berserta salinan dokumen yang berkaitan Conditional Report perlu dipulangkan dalam masa yang ditetapkan setelah rumah diduduki. Sambungan bekalan elektrik, air, gas dan telefon biasanya diuruskan oleh agen dan perkhidmatan sambungannya sangat cepat. Kadar sewa adalah mengikut mingguan manakala pembayaran sewa biasanya dilakukan secara sebulan sekali berserta sebulan bayaran bond atau deposit yang akan dipegang oleh Residential Tenancies Bond Authority. Di Australia, gas disalurkan ke rumah-rumah sama seperti elektrik dan air. Gas ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan memasak tetapi juga untuk memanaskan rumah dan juga sumber tenaga bagi memanaskan bekalan air paip. Umumnya kos penggunaan gas adalah lebih murah berbanding elektrik terutamanya di musim sejuk dimana harga atau tarif elektrik adalah lebih mahal berbanding dengan musim-musim yang lain.
Dalam memilih tempat penginapan atau rumah sewa kami mempunyai beberapa kriteria yang ditetapkan iaitu pertama sekali, kadar sewanya mestilah tidak melebihi $300/minggu dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 bilik. Selain itu lokasinya mestilah dekat dengan masjid, universiti Monash dan sekolah rendah bagi menjimatkan masa berulang-alik dari tempat berkenaan. Kriteria yang lain adalah ada garaj atau ruang letak kereta, mempunyai laman sendiri dan dilengkapi dengan alat pemanas dan dapur yang menggunakan gas.
Selepas pembedahan dan dibenarkan keluar daripada hospital, Azhar berehat di rumah dan memerlukan rawatan susulan serta ubat bagi memastikan jantungnya sembuh sepenuhnya. Walaupun sebahagian kos rawatannya ditanggung oleh Overseas Health Covers (OSHC), sebahagian lagi terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana melebihi had liputan (coverage).
Setelah itu, Azhar dan Norma bersama 3 orang anak-anak pergi melawat Gold Coast di Brisbane selama seminggu. Sekembalinya mereka sekeluarga dari Gold Coast, kami pula mempelawa mereka tinggal bersama kami. Mereka sekeluarga tinggal selama 2 minggu bersama kami sebelum pulang ke Malaysia. Sedih melihat pemergian mereka, kerana hampir sebulan kami tinggal bersama beramah mesra, bergurau senda dan berbagi pengalaman terasa mereka begitu dekat di hati kami. Saya rasa kehilangan kerana tiada lagi teman bersembang sambil minum moccona yang menjadi kegemaran Azhar. Sekarang saya juga turut menggemarinya. Banyak yang kami belajar daripada mereka sekeluarga. Saya begitu terkesan sekali dengan pengalaman yang dilalui oleh Azhar dan Norma kerana disebalik segala ujian dan dugaan yang dialami, mereka masih sanggup menerima kami sebagai tetamu. Jazakallah...kerana membenarkan kami menumpang dan sudi berbagi pengalaman. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala budi baik kalian. Terimalah serangkap pantun dari kami:
Sebelum sampai ke Melbourne, kami dimaklumkan bahawa Norma bercadang hendak menghabiskan phdnya di Malaysia kerana masalah kesihatan yang Azhar alami. Sebenarnya semasa kami sampai ke Melbourne, Azhar baru beberapa bulan keluar daripada Alfred Hospital selepas menjalani pembedahan bagi membuang 3 sumbatan pada jantungnya. Takdir Allah tiada siapa yang tahu dan boleh menghalangnya. Setelah beberapa bulan menemani Norma dan hidup sebagai house husband di Melbourne, suatu hari Azhar telah mengalami sakit dada pada hari pertama beliau berkerja part-time di syarikat Mercedes. Setelah dirujuk ke hospital didapati terdapat 3 block atau sumbatan pada jantungnya yang menghalang pengedaran normal darah dan memerlukan pembedahan yang segera.
Disebabkan Azhar memerlukan rawatan susulan yang berterusan dalam jangkamasa yang agak lama tentulah ianya memakan kos yang tinggi dan berat untuk ditanggung. Norma pula sejak Azhar dimasukkan ke hospital tidak dapat menumpukan masa dan fokusnya kepada pengajian. Banyak masanya dihabiskan untuk berulang-alik dari rumah ke Alfred Hospital yang jaraknya 23 km bagi menjaga Azhar yang dalam kesakitan. Perasaan dan hatinya gundah gulana mengenangkan suami tercinta dilanda ujian. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keadaan perasaan dan hatinya. Hidup di negara orang bertemankan dengan 3 anak orang yang masih kecil dan suami pula sakit, tentulah menyentap ketabahan hati dan perasaannya.
Kekangan kewangan bagi membiayai kos rawatan susulan dan keperluan sokongan keluarga ketika saat-saat getir menyebabkan Norma memutuskan untuk menghabiskan baki masa pengajian phdnya di Malaysia. Sebelum pulang mereka perlu menyelesaikan masalah perjanjian sewa rumah yang belum cukup tempoh matangnya setahun, penjualan kereta dan lain-lain barangan utiliti seperti mesin basuh, peti sejuk dsb. Bagi pelanggaran perjanjian sewa rumah yang belum cukup tempoh matang denda akan dikenakan kecauli ada pengganti penyewa yang baru. Maka kepada kami diajukan tawaran mengambil alih sebagai penyewa dan penjualan kereta dan semua barangan dalam satu pakej. Setelah berbincang, saya dan isteri setuju dengan tawaran tersebut. Rumah yang kami tumpang ini memenuhi semua kriteria yang ditetapkan. Manakala kereta dan semua barangan tersebut memang diperlukan untuk kelangsungan hidup. Ianya adalah situasi menang-menang di mana kedua-dua pihak mendapat manafaat. Selepas setuju dengan harga pakej yang ditawarkan, kami berempat kemudiannya ke pejabat agen hartanah iaitu Barry Plant di Clayton untuk urusan perjanjian sewa rumah sebagai penyewa yang baru. Perjanjian sewa rumah ditandatangani setelah 2 minggu kami menumpang bersama mereka.
Rumah sewa kami- pemandangan dari jauh |
Rumah sewa kami- No.4 Sarah Close, Clayton South, Victoria |
Azhar dan Norma bersama 3 anak mereka:
Afiq (10 tahun), Nurin (8 tahun) dan Shasa (3 tahun)
|
Bergambar bersama semasa lawatan ke
Tesselaar Tulip Festival Molbuk Road, Silvan.
|
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.
No comments:
Post a Comment