Sesuatu yang bermula pada suatu saat pasti akan berakhir, itulah hakikat kehidupan di dunia. Begitulah juga dengan musafir dan keberadaan saya di bumi Kangaroo ini. Setelah lebih dari tiga tahun berada di Australia dan ianya menandakan cuti saya sudah menghampiri penghujungnya maka tibalah masanya untuk kembali ke tanah air. Kembali ke Malaysia selepas menghabiskan masa selama tiga tahun lebih bermastautin di Australia adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan. Pengalaman saya tinggal dan bekerja serta dalam masa yang sama menemani isteri belajar di negara 'down-under' ini adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya adalah pengalaman yang mahal, jarang diperolehi dan tidak boleh ditukar ganti. Namun, saya juga tidak sabar untuk segera kembali di tengah-tengah keluarga dan orang-orang yang saya kenal serta dekat di hati.
Beberapa ketika yang lalu saya cukup tersentuh bila menghadiri majlis perpisahan rakan-rakan yang akan berangkat pulang ke tanah air. Ada yang pulang setelah mengemukakan tesis kepada pihak universiti masing-masing manakala sebahagiannya terpaksa pulang dulu dan menyudahkan penulisan tesis di tanah air atas pelbagai sebab. Biasanya pada hari berangkat pulang rakan-rakan samada seorang diri atau bersama keluarga masing-masing ke Malaysia, suatu majlis perpisahan diadakan di rumah rakan senegara yang menjadi tempat berkumpul sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne untuk kembali pulang ke Malaysia. Bermacam situasi yang dialami oleh rakan-rakan yang akan pulang ke tanah air. Ada banyak hal yang harus diselesaikan dan disempurnakan sebelum dapat kembali ke tanah air.
Banyak ibrah yang diperolehi daripada kepulangan mereka. Selepas memerhati dan mempelajari pelbagai situasi yang dilalui oleh rakan-rakan yang sudah pulang ke Malaysia serta ditambah dengan pengalaman sendiri, saya rumuskan terdapat beberapa persediaan penting yang perlu dilakukan supaya kepulangan ke tanah air tidak menjadi kelam-kabut dan bermasalah. Pada entri kali ini, saya ingin berbagi pengetahuan dan pengalaman mengenai persediaan yang perlu dilakukan supaya proses kepulangan ke tanah air tercinta lancar dan aman.
Perancangan dan persediaan rapi adalah perlu bagi menyelesaikan pelbagai urusan yang berkaitan dengan proses kepulangan ke Malaysia. Mulai dari menghantar barang-barang melalui kargo, menempah tiket pulang, mengurus dokumen-dokumen penting seperti passport dan visa sehinggalah trip perjalanan saat akhir bersama rakan-rakan ke destinasi-destinasi yang belum sempat dikunjungi. Apabila tiket pulang telah disahkan tarikh dan masanya, waktu yang berbaki dan kesempatan yang masih ada harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ada banyak hal yang harus kita 'beres'kan sebelum kita pulang kembali ke tanah air. Di sini saya rumus dan rangkumkan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:
1. Menempah tiket pulang.
Kalau boleh dilakukan lebih awal dari tarikh kepulangan lagi bagus, terutama jika kita membawa keluarga. Ini adalah penting jika pelajar mempunyai bilangan anak lebih dari 3 orang atau berumur 13 tahun ke atas. Terdapat sebilangan universiti yang menaja pelajar hanya membiayai pasangan dan hanya 3 orang anak untuk tambang penerbangan pergi dan balik sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Sebahagian universiti lagi hanya membiayai pasangan dan anak-anak pelajar yang berumur di bawah 13 tahun sahaja. Jika bilangan anak lebih dari 3 orang atau berumur 13 ke atas, tambang balik mereka mesti ditanggung dan diusahakan sendiri oleh pelajar berkenaan. Syarat-syarat berkaitan perkara ini mungkin berbeza di kalangan universiti-universiti yang menaja pelajar, maklumat lanjut mengenainya perlu dirujuk kepada pihak universiti berkenaan.
Biasanya harga tiket yang ditempah atau dibeli pada masa lebih awal adalah lebih murah berbanding yang ditempah pada saat-saat akhir. Perbezaan harga di antara keduanya kadangkala sangat ketara dan penjimatan kos dapat dilakukan jika kita awal menempahnya. Perbezaan harga juga agak ketara bila kita menempah tiket secara online terutama jika menggunakan handphone berbanding menggunakan PC atau laptop. Ini adalah berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang telah melaluinya. Perkara ini adalah penting bagi pelajar yang terpaksa membiayai sendiri sebahagian perbelanjaan tambang untuk keluarga masing-masing.

Selain itu, pastikan juga tarikh kepulangan masih dalam tempoh sah atau dibenarkan seperti dalam visa permit tinggal supaya tidak timbul masalah atau perkara yang tidak diinginkan. Pengesahan tarikh dan masa tempahan tiket pulang ini penting kerana ianya memudahkan perancangan seterusnya seperti bila masanya untuk menamatkan kontrak sewa dan mengosongkan tempat penginapan, menamatkan sambungan elektrik, air, gas, telefon, internet dan pelan handphone, menutup akaun bank, menghantar (shipping) barang dan urusan jual-beli kenderaan bagi yang mempunyai kenderaan.
2. Menamatkan kontrak sewa tempat tinggal.
Bagi penyewa yang sudah melebihi 12 bulan menyewa dan ingin menamatkan kontrak selepas tarikh kontrak habis, perlu memberi tahu agen atau landlord sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh kepulangan atau bergantung pada kesepakatan seperti di dalam kontrak. Bagi penyewa yang bercadang tinggal kurang daripada tempoh 12 bulan, mesti memastikan menandatangani kontrak yang membenarkan kontrak sewa ditamatkan sehingga tempoh masa berkenaan. Agak sedikit rumit jika kita mahu menamatkan kontrak sebelum tarikh masanya habis, paling tidak kita harus memaklumkan kepada agensi / landlord 8 minggu sebelum kepulangan kita atau mengikut klausa kontrak. Dalam kes kami yang sudah menyewa melebihi 2 tahun hanya perlu memaklumkan kepada agen pengurusan hartanah Darras and Zervas, 4 minggu sebelum tarikh pulang. Kami tidak perlu membayar sewaan penuh pada bulan terakhir, tetapi bayaran sewa dikira berdasarkan kadar sewa harian iaitu jumlah sewa sebulan dibahagi dengan bilangan hari dalam bulan tersebut dan didharabkan dengan bilangan hari kami tinggal sehinggalah tarikh kediaman tersebut dikosongkan.
Dengan berakhirnya kontrak sewa ini kita juga mempunyai tanggungjawab mengosongkan dan membersihkan tempat kediaman sama seperti keadaan ketika kita masuk di awal kontrak dulu. Bagi kediaman yang mempunyai karpet, perkara yang wajib dilakukan adalah mencuci karpet dengan menggunakan khidmat pencuci karpet profesional. Selain daripada karpet, kita boleh menjimatkan upah mencuci dengan membersih sendiri dapur, oven, heater, tingkap, bilik air, tandas, lantai, dinding dan siling kediaman sehingga bersih, sama seperti ketika kita masuk dulu. Kita harus mengemukakan resit yang kita terima daripada pencuci karpet professional kepada agen / landlord untuk mendapatkan balik duit bond yang diberi semasa di awal kontrak.
Untuk urusan mencuci karpet di unit kediaman, kami menggunakan perkhidmatan Pak Rudy (Tel: 0430489755) - Pencuci karpet profesional berbangsa Cina yang berasal dari Indonesia dan sudah lebih 15 tahun menetap di Australia. Harga yang dikenakan adalah bergantung kepada keluasan karpet. Biasanya bagi 3 bilik dan satu ruang tamu yang berkarpet, harganya sekitar $90 hingga $120 bergantung kepada keluasan karpet di ruang berkenaan. Duit bond yang berjumlah sebulan sewa akan dikembalikan sepenuhnya selepas pihak agen / landlord berpuas hati dengan keadaan dan kebersihan kediaman selepas pemeriksaan dilakukan. Jika pihak agen / landlord tidak berpuas hati dengan kebersihan atau keadaan kediaman, sebahagian duit bond akan diambil untuk upah membersih semula atau mengganti alatan yang rosak/hilang.

3. Mengosongkan kediaman.
Sebelum urusan mencuci kediaman dimulakan, sebaiknya kediaman tersebut perlu dikosongkan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Ada banyak cara bagaimana mengosongkan kediaman, jika agen / landlord bersetuju ada rakan yang akan takeover, urusannya menjadi sederhana. Kita boleh take over seluruh kandungan isi rumah dengan harga yang dipersetujui dengan rakan, atau kita akan menghibahkan seluruhnya. Jika tidak dibenarkan take over, kita boleh menjual isi rumah atau menghibahkan samada kepada rakan-rakan yang memerlukannya atau institusi yang biasa menerima. Jika keadaannya tidak cukup layak untuk dihibahkan / dijual kita harus membuangnya ke tempat pembuangan akhir. Jika barang yang akan dibuang cukup banyak dan saiznya besar dan boleh dikitar semula seperti mesin basuh dan peti sejuk, kita boleh memberinya kepada pusat kitar semula yang terdapat berdekatan dengan kediaman. Sebahagian pusat kitar semula menyediakan pekhidmatan pengangkutan untuk mengambil barangan kitar semula yang diberikan kepada mereka. Maklumat mengenai pusat kitar semula ini ada terdapat di internet mengikut lokaliti yang berkenaan.
Bagi barangan yang tidak boleh dikitar semula, kita boleh membuangnya semasa spring cleaning yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum tarikh kepulangan. Spring Cleaning untuk kawasan Clayton, biasanya adalah pada bulan September pada setiap tahun. Dalam hal mengosongkan kediaman ini, kami melakukannya 12 jam sebelum tarikh dan masa kepulangan kami ke Malaysia. Usai sahaja kerja-kerja pembersihan, kami terus menyerahkan kunci kepada pihak agen. Sebaik sahaja menerima kunci, pihak agen terus melakukan pemeriksaan dan hasilnya mereka berpuas hati. Kami menerima duit bond yang dimasukkan ke dalam akaun dalam tempoh 3 hari selepas pemeriksaan dijalankan.
4. Menamatkan sambungan perkhidmatan elektrik, air, gas, internet, telefon dan pelan telefon bimbit.
Perkara ini cukup sederhana, kita hanya perlu menelefon kepada pembekal perkhidmatan berkaitan dan memberitahu tarikh bila kita hendak memutuskan perkhidmatan tersebut. Khas untuk pelan telefon bimbit, sejak awal usahakan hanya mengambil kontrak yang lebih pendek dari masa tinggal kita untuk mengurangkan kegawatan di masa akhir menjelang kepulangan kita. Jika memang tidak ada pelan yang sesuai dengan masa tinggal kita, saya sarankan untuk menggunakan kad pra bayar. Bagi perkhidmatan internet khususnya TPG, ianya memerlukan 30 hari notifikasi untuk menamatkan sambungan. Selepas memaklumkan melalui telefon, kita mesti mengesahkan untuk menamatkan sambungan internet tersebut melalui email atau surat. Tarikh 30 hari notifikasi bermula pada tarikh pengesahan dilakukan samada melaui kiriman email atau surat.
5. Menutup akaun bank.
Boleh jadi ada beberapa perkara yang masih kita perlukan yang berkaitan dengan akaun kita di bank yang membuat kita tidak boleh menutup akaun sebelum kita pulang ke tanah air. Salah satunya adalah urusan pembayaran balik duit bond yang berkaitan sewaan tempat kediaman. Dalam hal ini, hubungi pihak bank dan tanyakan tatacara yang terbaik perlu dilakukan bagi situasi yang kita hadapi. Dalam sesetengah kes, pihak bank membenarkan third party arrangement, kita boleh mewakilkan kepada orang lain untuk menutup akaun kita atau penutupan akaun melalui telefon selepas kita sudah pulang ke tanah air.
6. Menghantar barang.
Biasanya buku-buku, tetapi banyak juga kawan yang membawa barang lain seperti BBQ set, coffea machine, basikal, peralatan / mainan kanak-kanak, peralatan elektrik, elektronik , pakaian, kasut, dsb. Yang perlu diingat adalah sama ada barangan tersebut boleh digunakan atau tidak bila sampai di Malaysia? Kerana jika tidak, selain kita perlu membayar untuk kos penghantaran kita juga hanya menghantar 'sampah' kerana kita tidak boleh menggunakannya. Dari pengalaman peribadi dan rakan, pakaian yang dihantar pulang biasanya tidak dipakai lagi kerana selain tidak sesuai kerana faktor cuaca, pakaian baru di Malaysia lebih 'bergaya' dan harganya pun lebih berpatutan. Daripada dihantar mungkin lebih baik di'waris'kan ke rakan yang masih memerlukan di sini, terutama pakaian untuk musim sejuk dan anak-anak. Jika memang banyak barang yang akan kita bawa pulang, saya mencadangkan untuk menghantarnya lebih dulu, paling lambat dua minggu sebelum kepulangan kita.
Untuk menghantar barang kita boleh memilih syarikat penghantaran mana yang sesuai dengan kehendak kita. Ada banyak pilihan. Kita boleh bertanya kepada rakan yang lebih dulu pulang untuk mendapatkan pertimbangan yang baik, termasuk bayaran penghantaran. Hubungi syarikat tersebut untuk menanyakan kos, tarikh penghantaran, dokumen dan keperluan yang harus kita sediakan. Jika memang perlu, bandingkan untuk memilih syarikat yang memberikan perkhidmatan terbaik dengan harga yang paling berpatutan.
Cara penghantaran yang biasa menjadi pilihan rakyat Malaysia di sini adalah melalui kapal laut. Terdapat dua perkhidmatan yang ditawarkan iaitu penghantaran dari pintu ke pelabuhan (door to port) dan pintu ke pintu (door to door). Penghantaran dari pintu ke pelabuhan adalah bermaksud barangan yang hendak dihantar dikutip dari rumah dan dihantar ke pelabuhan di Malaysia yang paling hampir dengan alamat pengirim. Manakala penghantaran dari pintu ke pintu pula bermaksud barangan yang hendak dihantar diambil dari rumah pengirim di Australia dan setelah sampai di Malaysia, barangan tersebut seterusnya dihantar ke alamat yang dinyatakan oleh pengirim. Kaedah penghantaran ini adalah lebih murah tetapi mengambil lebih masa berbanding dengan penghantaran melalui udara.

Kos penghantaran adalah dikira berdasarkan saiz isipadu barangan dalam ukuran meter. Semua barangan yang hendak dihantar hendaklah dibungkus samada dengan memasukkan ke dalam kotak kertas atau beg. Semua kotak atau beg hendaklah ditampal alamat, nombor bilangannya dan diambil ukuran panjang, lebar dan tingginya dalam ukuran meter bagi mengetahui jumlah isipadu barangan. Sebaiknya setiap beg atau kotak tidak terlalu berat bagi memudahkan pekerja mengangkatnya. Berat setiap beg atau kotak sepatutnya tidak melebihi 30 kg.
Bagi barangan yang berat dan mudah pecah seeloknya dibungkus dalam kotak yang lebih kecil serta dilekatkan label ‘fragile’. Setiap barangan yang dibungkus juga hendaklah dinyatakan jenis atau kategorinya untuk memenuhi syarat-syarat penghantaran dan sebagai rujukan. Satu dokumen yang mengandungi butiran pengirim, senarai barangan, keterangan barangan, no. kotak dan jumlah isipadu hendaklah disediakan bagi memudahkan urusan penghantaran terutamanya yang melibatkan pihak kastam.

Contoh barangan yang dibungkus dan dilabel untuk dihantar balik |
Contoh senarai barangan untuk dihantar balik |
7. Membawa bagasi dan hand luggage ketika pulang
Usahakan kita hanya akan membawa beg kecil dan jumlah had berat yang dibenarkan sahaja ketika kita pulang. Setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan-peraturan khas berkaitan dengan jumlah had berat bagasi dan hand luggage yang boleh dibawa oleh setiap penumpang. Pengalaman saya semasa pulang ke Malaysia bersama keluarga menggunakan pesawat MAS baru-baru ini adalah mendapati penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak melebihi 30 kg/orang. Manakala bagasi bagi bayi pula tidak melebihi 10 kg/orang. Sementara setiap penumpang dibenarkan membawa hand lugage yang tidak melebihi berat 7kg dan saiz yang ditetapkan.
Situasi yang sering berlaku adalah pada saat-saat akhir hendak pulang, kita banyak berbelanja dan bagasi kita yang dahulunya dikira sudah tinggal sedikit menjadi banyak semula dan boleh jadi akhirnya melebihi had maksima yang dibenarkan. Bila berat bagasi atau hand lugage melebihi berat yang dibenarkan, kita ada dua pilihan iaitu mengeluarkan sebahagian barangan dari bagasi dan hand lugage atau terpaksa membayar bagi setiap kilogram yang terlebih. Bayaran yang dikenakan bagi setiap kilogram yang terlebih biasanya agak mahal dan ianya tentulah membebankan jika lebihan berat tersebut banyak. Sementara barangan yang dikeluarkan dari bagasi dan hand lugage juga mempunyai dua pilihan iaitu samada kita terpaksa memberinya kepada rakan yang pergi menghantar atau membuangnya ke dalam bin yang disediakan di lapangan terbang. Tentulah kita tidak mahu perkara ini berlaku semasa kepulangan kita.
Cara untuk mengelak ianya berlaku adalah kita perlu menimbang semua bagasi dan hand lugage semasa proses membungkus bagi mengetahui beratnya. Kita hanya membungkus barangan mengikut jumlah berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Satu lagi perkara yang paling penting dibuat sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah memeriksa tiket, passport, semua dokumen penting dan mengira bilangan bagasi serta hand lugage yang harus dibawa supaya tidak berlaku keciciran atau kehilangan semasa kepulangan. Demikianlah beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum pulang ke tanahair. Semoga bermanfaat...

p/s : Salah di mata jika tidak nampak, salah tafsiran jika tidak dinilai..
No comments:
Post a Comment