Persiapan kedua yang perlu kita sediakan untuk menghadapi Ramadhan ini adalah dari sudut hubungan kita dengan Allah SWT. Barangkali kalau sebelum ini, kita melakukan solat itu hanya yang wajib sahaja tetapi di dalam bulan Ramadhan ini kita diminta untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dengan cara memperbanyakkan melakukan solat-solat sunat. Barangkali pada sebelas bulan yang lalu kita tidak melakukan solat sunat witir, tetapi di dalam bulan ramadhan ini kita telah melakukan solat sunat Witir. Bahkan solat sunat Tarawih yang tiada pada bulan-bulan yang lain kita akan laksanakan dalam bulan Ramadhan ini. Barangkali pada bulan-bulan yang lain kita tidak berkesempatan untuk solat Subuh secara berjemaah tetapi pada bulan Ramadhan ini adalah kesempatan terbaik untuk kita mula melakukannya. Ketika kita bangun untuk bersahur maka persiapkanlah diri kita untuk sentiasa menempatkan diri kita untuk solat sunat sebelum Subuh dua rakaat dan Solat Subuh secara berjemaah di tempat di mana azan diazankan.
Kita juga boleh memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT dengan membaca Al quran. Satu juzuk al quran mengandungi sebanyak 20 halaman. Kalau kita siapkan diri kita dengan membaca Al quran selepas setiap solat fardhu sebanyak 2 helai atau empat halaman maka dengan cukup lima waktu sehari semalam kita akan membaca sebanyak 20 halaman. In Sha Allah! kita akan dapat khatam Al quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan Ramadhan. Maka pergunakanlah kesempatan dan peluang yang ada ini untuk kita terus memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT . Perbanyakkan istighfar, mohonlah keampunan daripada Allah SWT, mohonlah syurga dan dihindarkan diri kita daripada api neraka. Perbanyakkan Selawat kepada nabi SAW dan keluarga baginda. Ini adalah merupakan kemeriahan di dalam bulan Ramadhan dalam usaha kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Janganlah kita lupa bahawa hubungan kita dengan Allah wajib dijaga supaya ianya menjadi lebih baik. Kehidupan kita akan menjadi cemerlang apabila Allah SWT meredhai kita.
Persiapan ketiga yang perlu dilaksanakan dalam menghadapi Ramadhan adalah memperbaiki hubungan kita dengan manusia. Memperbaiki hubungan kita dengan jiran-tetangga, sanak-saudara dan rakan-rakan kita. Memperbaiki hubungan ini adalah dengan cara kita memberi maaf kepada mereka dan kita minta maaf terhadap kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan kita melangkah dalam bulan Ramadhan ini dengan satu langkah yang cukup bersedia. Langkahan dalam menuju ketakwaan di sisi Allah SWT. Kalau ada hutang dengan rakan, saudara atau jiran, berusahalah untuk melunaskannya. Kita lunaskanlah hutang-hutang dengan mereka dan juga hutang dengan Allah SWT.
Persiapan keempat yang perlu dipersiapkan adalah dari sudut kewangan yang lebih baik. Pada bulan Ramadhan ini jika kita mempunyai lebihan kewangan, eloklah kita melakukan sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Begitu juga dengan sumber kewangan ini, kita boleh membeli makanan dan sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Rasululllah sendiri adalah seorang amat pemurah dalam bulan Ramadhan. Maka eloklah kita mempersiapkan kewangan kita. Bukanlah kita mempersiapkan kewangan untuk mengenyangkan diri dan memenuhi keperluan kita sahaja tetapi berusahalah dengan sumber kewangan yang banyak itu, kita mampu mengenyangkan saudara-saudara seislam yang lain. Barangkali sebelum ini mereka sudah terbiasa digeluti oleh kelaparan maka hapuskanlah kelaparan itu dengan memberi mereka makan. Bukankah dengan memberi makan sewaktu mereka berbuka puasa, maka kita juga akan memperolehi pahala ibadah mereka tanpa mengurangkan sedikit pun pahala yang mereka perolehi.
Maka oleh itu, pergunakan kesempatan dan peluang menyambut Ramadhan ini dengan mengenal Ramadhan betul-betul, baiki hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama manusia serta persiapkan kewangan yang baik. Bahkan Kesihatan juga perlu kita jaga supaya mampu melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan dengan sepenuhnya supaya tiada ibadah yang tertinggal untuk dilaksanakan. Marilah kita berdoa semoga kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksana semua ibadah sehingga akhir bulan Ramadhan dan bertemu dengan Lailatul Qadar. Semoga semua ibadah kita dterima oleh Allah SWT. Amin....

No comments:
Post a Comment