Alhamdulillah, Allah masih memberi umur dan peluang kepada kita untuk bertemu Ramadhan lagi sekali. Tahun ini, 1 Ramadhan 1436H adalah bersamaan 18 Jun 2015 (Khamis). Bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang cukup bermakna bagi umat Islam. Kalau disebutkan hari yang paling mulia adalah hari Jumaat. Manakala bulan yang paling mulia adalah bulan Ramadhan. Perkataan Ramadhan ini telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Al quran yang mana Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berpuasa. Bulan Ramadhan juga bulan diturunkan oleh Allah SWT dengan Al quran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)
Dengan kedatangan Ramadhan ini maka perlulah kita membuat persediaan supaya Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita. Janganlah jadi sebaliknya. Sebagai umat Islam janganlah kita memasuki bulan Ramadhan ini dengan kemasukan yang tidak mengenal sesuatu. Lumrahnya kalau ada tetamu datang ke rumah kita atau kita pergi ke sesuatu majlis, disebabkan kita tidak kenal tetamu yang datang maka layanan kita adalah biasa-biasa sahaja. Bahkan dalam suatu majlis, kita buat tidak kisah terhadap tetamu yang datang kerana kita tidak mengenalnya. Tetapi kalau kita kenal siapa gerangan orang datang itu, yang mana mungkin ianya adalah rakan kita atau seseorang kenamaan atau orang terkenal di tempat kita maka sudah tentu kita akan melayannya dengan cara yang berbeza. Bahkan kita akan menyambut kedatangan dan menghantarnya pulang dengan cara yang begitu baik sekali.
Jadi bagaimana dengan Ramadhan? yang mana ia datang dan hadir sebagai tertamu kita . Jika kita tidak mengenal apa itu Ramadhan maka kita menyambutnya seperti biasa-biasa sahaja. Malah kita menyambut Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu tanpa apa-apa erti, terlepas manafaat dan kelebihan yang banyak terkandung di dalamnya. Berbeza jika kita mengenal Ramadhan, sudah tentu kita akan menyambutnya dengan perasaan sayang, cinta dan rindu. Bahkan mengharapkan Ramadhan jangan berlalu dan berlaku sepanjang tahun.
Persiapan Pertama sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan adalah kita mesti mengenal Ramadhan. Jika kita mengenal Ramadhan, di waktu sahurnya itu ada penuh dengan keberkatan. perintah nabi saw supaya kita bersahur. Sabda baginda saw “Bersahurlah kamu, kerana di dalam bersahur itu ada barakah”. Adanya keberkatan, mungkin keberkatan itu adalah dari sudut fizikal kita. Tetapi yang jelasnya waktu itu adalah yang cukup berkat. Waktu yang mana kita tidak sewajarnya membiarkan diri kita terlepas dari mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita tidak sewajarnya mensia-siakan masa yang cukup berkat itu.
Berkat yang bererti bertambah maka amalan kita juga perlu bertambah dalam melaksanakan pengabdian kita kepada Allah SWT. Waktu tersebut adalah waktu yang bertambah khusuknya kita kepada Allah SWT. Bertambah darjat di sisi Allah SWT kalau kita melakukan ibadah kepadaNya. Maka disebab itu, dari segi fizikal kita memperolehi kesihatan. Kita mendapat kekuatan iaitu dari lemah kepada kuat ketika berpuasa di siang harinya. Apatah lagi ketika melakukan solat sunat, zikir, tasbih, tahmit, takbir dan membaca al quran dalam waktu tersebut akan lebih memberi kekuatan rohani kepada kita. Maka marilah kita mengenali Ramadhan dengan waktu yang disediakan oleh Alllah SWT untuk kita bangun bersahur pada waktu dinihari tersebut.
Berkat yang bererti bertambah maka amalan kita juga perlu bertambah dalam melaksanakan pengabdian kita kepada Allah SWT. Waktu tersebut adalah waktu yang bertambah khusuknya kita kepada Allah SWT. Bertambah darjat di sisi Allah SWT kalau kita melakukan ibadah kepadaNya. Maka disebab itu, dari segi fizikal kita memperolehi kesihatan. Kita mendapat kekuatan iaitu dari lemah kepada kuat ketika berpuasa di siang harinya. Apatah lagi ketika melakukan solat sunat, zikir, tasbih, tahmit, takbir dan membaca al quran dalam waktu tersebut akan lebih memberi kekuatan rohani kepada kita. Maka marilah kita mengenali Ramadhan dengan waktu yang disediakan oleh Alllah SWT untuk kita bangun bersahur pada waktu dinihari tersebut.
Begitu juga dengan waktu siangnya, kita berpuasa. Kita sudah cukup faham bahawa puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa di sisi Alllah SWT kecuali lapar dan dahaga sahaja. Oleh sebab itu, kita berpuasa di siang hari perlulah berusaha untuk tidak mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik dengan membuat ucapan-ucapan yang boleh menyakiti hati orang lain, mencaci maki, memfitnah dan seumpamanya, eloklah kita elakkan. Perbanyakkanlah muhasabah diri kita bagaimana kita perlu dan boleh melaksanakan perintah Allah SWT ini dengan sebaik-baiknya.
Kita sudah cukup maklum bahawa tujuan kita berpuasa seperti yang disebutkan Allah iaitu mudah-mudahan kita memperloehi ketakwaan. Dalam sebulan kita berpuasa, pastikan puasa kita merubah kehidupan kita daripada tidak baik kepada baik, daripada yang telah baik kepada yang lebih baik. Maka inilah perkara yang perlu kita kekalkan. Orang-orang yang bertakwa itu adalah orang yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa menggunakan lidah dan segala indera yang diberikan Allah untuk menambahkan kedekatannya kepada Allah SWT. Menggunakan mata, lidah, kaki,tangan, telinga dan semua anggota tersebut untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Maka dengan sebab itu semasa berpuasa di siang hari janganlah kita menggunakan mata tersebut untuk tidur semata-mata. Walaupun nabi saw ada menyebut “Tidur orang yang berpuasa itu adalah merupakan ibadah”. Kalau sekiranya kita mengambil hadis ini menjadi amalan dalam kehidupan kita, maka sepanjang berpuasa kita akan sentiasa suka tidur. Kita mesti melihat dari sudut positifnya, kalau tidur itu dikatakan sebagai ibadah, apatah lagi badah-ibadah lain sudah tentu kita akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda di sisi Allah SWT.
Maka pergunakanlah bulan Ramadhan, di siang harinya itu bukan semata-mata untuk kita tidur. Kita berpuasa bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata tetapi pergunakanlah ia untuk kita lebih merasai dan menikmati betapa dengan kelaparan ini akan membawa diri kita bertambah dekat dengan Allah SWT.
Seterusnya kita perlu melihat pada waktu malamnya. Pada sebelah malam bulan Ramadhan adalah waktu kita memperbanyakkan amalan ibadah kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW telah menyebutkan “Sesiapa yang bangun untuk beribadah kepada Allah pada waktu malamnya, maka Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya.” Waktu malam bukan hanya untuk tidur tetapi adalah untuk kita bangun dan berdiri, bukan setakat bertarawih tetapi kita lengkapkan juga dengan sola-solat sunat Witir, Tahajud, Taubat, Tasbih, membaca al quran, berzikir dengan bertahlil, bertasbih, bertahmit dan bertakbir. Kesemua ini perlu kita sempurnakan. Jika sepanjang Ramadhan, pada ketika sahurnya, siang dan malamnya, kita gunakan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah SWT , mudah-mudahan kita akan menjadi hamba Allah yang akhirnya mendapat darjat ketakwaan di sisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment