Sebelum meneruskan kesinambungan kisah musafir kami daripada entri sebelum ini, saya bercadang bercerita kisah semasa kami di Australia sebagai selingan dan perkhabaran berita kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia atau di mana jua berada. Sekarang ini sesi persekolahan bagi penggal ketiga bagi Tahun 2012/2013 untuk negeri Victoria, Australia baru sahaja berakhir.
Maka bermulalah cuti persekolahan musim bunga selama dua minggu iaitu dari 22 September 2012 (sabtu) sehingga 07 October 2012 (Ahad). Kalau di Malaysia, secara umumnya pelajar-pelajar akan bergembira dan rasa bebas merdeka dengan kedatangan cuti sekolah tetapi perkara seperti itu tidak berlaku di sini. Pelajar-pelajar sekolah di sini samada di peringkat rendah atau menengah lebih gembira menghadiri sesi persekolahan berbanding berada di rumah semasa cuti.
Begitulah juga mood tersebut berlaku dan menguasai anak-anak perempuan kami iaitu Nur Hafizah (Year 7) dan Nur Hidayah (Gred 5). Banyak faktor dan penyebab, mengapa kecenderungan dan fenomena ini berlaku. Mungkin saya akan membicarakannya dalam entry seterusnya jika diizinkan Allah. Untuk makluman pembaca semua, terdapat empat penggal (term) dan cuti persekolahan di Australia, khususnya di Victoria, negeri di mana kami tinggal. Penggal dan Cuti persekolahan ini dirancang serta dilaksanakan dengan mengambilkira empat musim yang berlaku di sini iaitu musim panas, luruh, sejuk dan bunga. Tempoh setiap penggal persekolahan adalah kira-kira dua sehingga tiga bulan. Sementara cuti persekolahan musim luruh,sejuk dan bunga adalah selama dua minggu berbanding dengan cuti musim panas yang biasanya lebih panjang iaitu 5 minggu.

Bagi merungkai belenggu mood tidak menyenangkan yang dialami oleh
anak-anak, kami merancang pergi ke Tesselaar Tulip Festival di Monbulk Rd,
Silvan pada hari Rabu (26/09/2012) .
Ianya juga sebagai hadiah kepada isteri
yang baru habis pantang selepas selamat melahirkan anak kelima kami –
Nur Humairah pada 31 Julai 2012 di Frankston Hospital. Nur Humairah juga adalah
anak kedua kami, dimana proses kejadian dan kelahiran sepenuhnya berlaku di
bumi Australia. Kelahirannya adalah menyusuli abangnya, Muhammad Hishamuddin
yang dilahirkan pada 26 Oktober 2010 di Monash Medical Centre Clayton. Syukur
Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana menganugerahkan hadiah-dua anak
comel yang menjadi penyejuk mata dan hati kami di bumi Aussie ini.
![]() |
muka hadapan pamphlet Tesselaar Tulip Festival |
Lokasi Tesselaar Tulip Festival adalah kira-kira 37 km sahaja jaraknya dengan rumah kami di Strelden Ave., Oakleigh East. Sebenarnya ini sudah kali ketiga kami mengunjungi Tesselaar Tulip Festival. Kunjungan pertama adalah pada 3 Oktober 2009 manakala kali kedua bertarikh 2 Oktober 2011.
![]() |
muka belakang pamphlet Tesselaar Tulip Festival |
Manakala keluarga kedua pula adalah Dr. Hilmi Abdullah dan isterinya, Zatur Rawihah (Zaza) bersama empat orang anak mereka. Dr. Hilmi adalah doktor pakar bahagian Rheumatologi (sendi) di Hospital Tengku Ampuan Afzan, (HTAA) Kuantan juga sedang menjalani menjalani subspecialty training attachment selama setahun di Monash Medical Centre (MMC). Zatur Rawihah pula adalah Pegawai Sains di UIA, Kuantan. Mereka sekeluarga tiba di Australia pada bulan Mei 2012 dan sekarang ini bermastautin di Glenbrook Avenue, Clayton.
Selamat datang dan menempuh kehidupan baru di bumi Kangaroo kepada kedua dua keluarga. Kepada Dr. Hilmi & Dr. Anilawati, selamat berjuang dan berusaha!. Kutiplah dan sematlah di dada segala ilmu yang diperolehi untuk dibawa pulang bagi kemaslahatan rakyat Malaysia. Kepada Nazri dan Zaza yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama setahun, pengorbanan dan kehadiran anda berdua di sini amat bermakna kepada pasangan kalian.
Sebelum memulakan perjalanan, semua berkumpul di kediaman kami di Strelden Ave. Semuanya empat buah kereta dalam kumpulan kami. Kami mula bertolak ke Tesselaar Tulip Festival pada pukul 9.15 pagi dan sampai ke tapak festival 50 minit selepas itu. Festival ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 5 ptg. Tiket masuk ke tapak Festival telah pun kami beli menerusi online sebelumnya. Harga tiket bagi orang dewasa ialah AUD 18. Bagi yang mendapat konsesi harganya AUD 15. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun adalah percuma. Manakala pada hari Isnin harga semua tiket beharga AUD 10. Diskaun juga diberi bagi pembelian sebanyak 10 atau lebih tiket secara online dimana harga setiap satunya adalah AUD 15. Syaratnya, pembelian tersebut mestilah dalam satu transaksi sahaja. Tiket juga boleh dibeli di pintu masuk dari pukul 10pg-5ptg pada setiap hari dan mereka menerima wang tunai,EFTPOS, Visa dan Mastercard. Tesselaar Tulip Festival tahun ini bermula dari 13 September sehingga 9 Oktober 2012.
No comments:
Post a Comment