Tapak Tesselaar Tulip Festival ini terletak di kawasan ladang yang permukaan tanahnya bercerun landai manakala sebahagian yang lain sedikit berbukit. Untuk sampai ke sini kami perlu melalui jalan masuk yang tidak berturap ke kawasan berumput yang disediakan sebagai tempat parkir kenderaan secara percuma. Kawasan parkir yang disediakan ini agak luas dan dibahagikan mengikut jenis kenderaan dan pengunjung.
|
Kawasan parkir kereta bersebelahan dengan ladang bunga Tulip |
|
Laluan masuk ke Tapak Festival |
|
Peyambut tetamu di Pintu Masuk Tapak Festival |
Terdapat kawasan parkir khas untuk bas, orang kurang upaya dan pengunjung lainnya. Sebaik sahaja melalui jalan masuk yang tidak berturap kami dipanduarah oleh petugas ke kawasan parkir yang masih kosong. Kami sampai di kawasan parkir kenderaan sekitar pukul 10.10 pagi dan mendapati sudah ramai pengunjung yang sampai. Ini berdasarkan kepada bilangan kenderaan yang memenuhi kawasan tersebut menyebabkan kami terpaksa memarkir kenderaan di tempat yang agak jauh iaitu kira-kira 300 meter daripada pintu masuk.
|
Bergambar dengan petugas yang memakai
pakaian tradisional Belanda
|
Kami berjalan melalui jalan tidak berbitumen ke pintu masuk tapak festival. Terdapat tiga laluan atau lorong yang dipisahkan dengan pagar besi disediakan di pintu masuk iaitu laluan masuk, keluar dan kaunter tiket. Masuk sahaja kami disapa oleh petugas-petugas yang memakai pakaian tradisional Belanda yang bertugas memeriksa tiket dan menyambut pengunjung yang datang. Secara umumnya tapak festival tulip ini terbahagi kepada dua kawasan utama. Sebelah kanan menghala masuk, terbentang luas ladang bunga tulip yang beraneka warna di kawasan yang agak landai. Manakala di sebelah kiri pula adalah kawasan berbukit di mana terdapat gerai-gerai makanan, kedai cenderahati, kafe, pentas persembahan, taman, tandas dan kawasan khas untuk berkelah.
|
pemandangan dari jauh ladang Tulip |
Cuaca yang panas dan terang di mana langit membiru dilitupi awan-awan nipis serta angin bertiup lembut menjadikan suasana begitu menarik dan sangat sesuai bersantai dengan keluarga. Hati bergitu teruja melihat panorama yang menarik dimana terdapat ratusan ribu bunga-bunga tulip aneka warna dan jenis yang ditanam dalam barisan berselang-seli di antara satu sama lain. Kami memilih ke kawasan ladang bunga tulip terlebih dahulu untuk dilawati bagi melihat dari dekat dan bergambar sebagai kenangan.
|
Ladang Bunga Tulip |
Terdapat lebih 100 jenis (variety) bunga tulip yang ditanam di atas batas-batas tanah yang dibahagikan mengikut plot-plot. Kawasan ladang ini mempunyai beberapa plot bunga tulip. Setiap plot terdapat 7 jenis bunga tulip yang merangkumi 14 batas dimana setiap jenis mewakili 2 batas. Kepada penggemar bunga tulip, festival ini merupakan tempat sesuai untuk menghayati keindahan warna dan bentuknya yang pelbagai.
Di antara jenis-jenis bunga tulip yang terdapat di sini adalah Verandi (orange plus), Barcelona (pink), Darwin Orange (orange), Worlds Favourite (merah cerah), ill De France (merah terang) , Jv Nes (kuning), Saigon (ungu), Claudia (pink), Maureen (putih), Maja (kuning), Cortina (merah),Muscadet (kuning), City of Vancouver (kuning air), Orleans (putih), Lilabela (merah) dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan semuanya. Setiap jenis bunga tulip mempunyai keamatan warna, bentuk kuntum dan kelopak yang berlainan. Masing-masing mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri. SubhanAllah Maha Besar dan Maha Berkuasa Allah yang mencipta bunga tulip!
|
Muhammad Hishamudin berjalan di tengah bunga-bunga Tulip
yang sedang berkembang dengan beraneka warna dan jenis
|
|
bunga-bunga Tulip yang sedang mekar berkembang |
|
A1 Residence |
|
A1 Lilabela |
|
A1 ILL De France |
|
A1 Orleans |
|
A1 Saigon (Purple) |
|
A1 Verandi |
|
A1 Dick Passchier |
|
A1 Strong Gold |
|
A1 Rambo |
|
A1 Foxtrot VD |
|
A1 Cortina |
|
A1 Adrem |
|
A1 Darwin Orange |
|
A1 City of Vancouver |
|
A1 World Favourite |
|
A1 Muscadet ( bloom yellow) |
|
A1 Claudia |
|
A1 Jv Nes |
|
A1 Grafitti |
|
Nur Hidayah bersama bunga Tulip |
|
Nur Hafizah di kelilingi bunga Tulip |
|
Nur Hidayah, M. Hafizuddin dan M.Hishamuddin bergambar kenangan di ladang bunga Tulip |
Berselang antara plot-plot bunga tulip terdapat plot-plot kosong yang digunakan sebagai tempat laluan. Selain itu lot-lot kosong dijadikan tapak pameran alatan jentera ladang lama dan hasil seni atau sculptors.Terdapat lebih 25 hasil seni pengukir-pengukir terkenal dari seluruh Victoria yang dipamer dan dipertandingkan di sini. Pertandingan ini dihakimi oleh para pengunjung, dimana setiap pengunjung diberi pamphlet yang dikepilkan borang penyertaan sewaktu masuk ke tapak festival ini.
Pengunjung boleh mengundi dan memilih hasil seni pilihan masing-masing bedasarkan tajuk dan no. hasil seni pilihan. Borang penyertaan yang lengkap diisi, boleh dikembalikan samada dengan memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan berhampiran hasil seni yang dipamerkan atau di kedai cenderahati. Penyertaan yang bertuah berpeluang memenangi AUD 250 dalam bentuk voucher yang boleh digunakan membeli barangan yang terdapat dalam katalog dan stor penganjur. Setiap tahun Tesselaar menyediakan AUD10,000 dalam bentuk hadiah kepada scrulptor yang memenangi pertandingan ini. Manakala hasil seni paling popular akan mendapat ganjaran sebanyak AUD 500.
|
Peralatan jentera lama juga turut dipamerkan |
|
M.Hishamuddin bergambar di sebelah salah satu
hasil seni yang dipamer dan dipertandingkan.
|
|
M.Hafizuddin bergambar di sebelah salah satu
hasil seni yang dipamer dan dipertandingkan.
|
|
Hasil seni-'Exoskeleton' oleh Chris Vassallo (25) |
|
Keterangan - Hasil seni-'Exoskeleton' oleh Chris Vassallo |
|
hasil seni yang sangat kreatif! |
|
Hasil seni yang 'abstract' |
|
M.Hishamuddin terpegun melihat hasil seni yang unik. |
|
Bergambar dengan kincir angin yang dipamerkan |
|
Bergambar dengan salah satu hasil seni yang dipamerkan |
ll
|
Hasil seni yang 'aneh'. |
|
Haiwan Jinchilla alpacas Putih dan hitam turut dipamerkan. |
Di kawasan ini juga terdapat sebuah kincir angin jenis Belanda yang dibina semula mengikut rekabentuknya yang asal. Rekabetuknya yang unik menyebabkan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di sisinya. Kami sekeluarga pun turut tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama.
|
Bergambar di tengah bunga-bunga Tulip |
|
'Memori Bunga Tulip' bersama keluarga |
Di sini juga disediakan Tractor Tours yang membawa pengunjung mengelilingi kawasan ladang tulip. Tambang yang dikenakan adalah AUD 5, manakala kanak-kanak (< 10 tahun) - AUD4 dan kanak-kanak (< 3 tahun)-percuma. Saya bersama 3 anak (Nur Hafizah, M.Hafizuddin dan M.Hishamuddin) turut sama menaikinya bagi merasai pengalaman baru.
|
Pengalaman menaiki Tractor Tour di Festival Tulip |
Selepas puas berada di ladang bunga tulip, kami bergerak pula ke kawasan berbukit yang terdapat gerai-gerai makanan, kedai cenderahati ,kafe, pentas persembahan, taman, tandas dan kawasan khas untuk berkelah. Di sini pelbagai makanan , barangan cendera hati dan sudah tentunya bunga tulip. Satu pot kecil bunga tulip dijual AUD 6.50 tetapi jika beli 2 pot harganya AUD 10 sahaja.
|
Bunga Tulip Daffodils untuk dijual |
|
Bunga Tulip untuk dijual |
Pada hari tersebut juga diadakan persembahan music dan hiburan untuk kanak-kanak kerana tema untuk hari berkenaan adalah Children’s Days. Penganjur mengadakan beberapa tema sepanjang festival berlangsung di antaranya adalah Turkish Weekend, Dutch Weekend, Children’s Days, Food Wine & Jazz Weekend dan Irish Weekend. Kira-kira pukul 1.00 tgh kami semua berhenti makan tengahari di kawasan berrkelah yang dikhaskan. Selepas menjamu selera kami meneruskan lagi lawatan untuk melihat bunga-bunga tulip di taman percubaan dan bunga lain yang terdapat di kawasan berkenaan. Selepas 3 jam lebih berada di Festival Tulip, kami semua bertolak balik.
|
Persembahan muzik dan hiburan untuk kanak-kanak |
|
Makan tengahari di kawasan berkelah yang sediakan |
Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di National Rhododendron Garden bagi melihat kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di dalamnya. Taman ini dibuka dari pukul 10pg-5.00 ptg dan masuk ke dalamnya adalah percuma. Selepas solat zohor dan menikmati pemandangan yang cantik serta unik di taman ini, kami pun bertolak balik. Kami sampai di rumah kira-kira pukul 4.30 ptg dengan perasaan yang puas.
No comments:
Post a Comment