Saturday, 20 October 2012

Jalan-jalan Ke Queen Victoria Market (Bahagian 1)


Kami pergi ke Queen Victoria Market pada 14 Oktober 2012 (Ahad) iaitu pada hari yang sama Malaysia Street Festival diadakan. Kesempatan itu kami ambil bagi melakukan dua aktiviti dalam hari yang sama -  melawat Malaysia Street Festival dan membeli cenderamata di Victoria Market. Kisah berkenaan lawatan ke Malaysia Street Festival telah saya ceritakan dalam entri sebelum ini iaitu Seputar Malaysia Street Festival 2012 di Melbourne (Bahagian 1 & 2).

Selepas 2 jam berada di tapak Malaysia Street Festival di Elizebeth Street, kami menjelajah pula ke bahagian-bahagian lain Queen Victoria Market. Secara umumnya pasar ini terbahagi kepada dua iaitu pasar yang menjual makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, makanan laut, gourmet, makanan deli dsb. Satu lagi pasar yang menjual barangan bukan makanan seperti barangan kulit, cenderamata, pakaian, barangan kemas dsb.  

Bergambar bersama keluarga di Victoria Market 

Queen Victoria Market - juga dikenali sebagai Queen Vic Market atau Queen Vic. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai 'Vic Market' adalah satu mercu tanda utama di Melbourne, Australia. Dengan keluasan sekitar tujuh hektar (17 ekar), ianya adalah pasar terbuka terbesar di Hemisfera Selatan. Pasar ini adalah penting kepada budaya dan warisan Melbourne dan telah disenaraikan dalam Daftar Warisan Victoria (Victorian Heritage Register). Pasar ini dinamakan sempena nama Ratu Victoria yang memerintah Empayar British pada tahun 1837-1901.

Queen Victoria Market adalah satu-satunya pasar dari abad 19 yang masih bertahan sehingga sekarang di Melbourne Central Business District (CBD). Suatu ketika dulu terdapat tiga pasar utama di Melbourne CBD, tetapi dua daripadanya iaitu Eastern Market dan Western Market, kedua-dua dibuka sebelum Queen Victoria telah ditutup pada 1960s. Queen Victoria Market telah dibuka secara rasmi pada 20 MAC 1878. Pasar ini pada asalnya adalah pasar borong dan runcit buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi telah menjadi pasar runcit sahaja sejak pasar borong di Footscray Road dibuka pada tahun 1969.


Queen Victoria Market adalah destinasi pelancongan utama Melbourne. Pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ayam, makanan laut, gourmet dan makanan deli. Ianya juga menyediakan banyak dan pelbagai jenis barangan bukan makan iaitu pakaian, kasut, barang kemas dan hasil seni buatan tangan dan kraftangan. Ianya juga merupakan bazar terbuka, terutamanya pada hari Ahad, dengan pelbagai  barangan dan cenderamata unik dijual.


Queen Victoria Market terkenal dengan Van Donat Panas yang telah beroperasi selama lebih setengah abad dan telah menjadi sebahagian daripada tradisi tempatan. Queen Victoria Market dibuka 5 hari dalam seminggu iaitu Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ia ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Pasar ini juga ditutup pada Good Friday, Anzac Day, Melbourne Cup Day, Hari Krismas, Boxing Day dan Hari Tahun Baru. 
Waktu Perniagaan bagi hari Selasa (6 pg - 2 ptg), Khamis (6 pg - 2 ptg), Jumaat (6 pg - 5ptg). Pasar yang menjual barangan am dibuka sehingga 4 petang. Waktu perniagaan pada hari Sabtu (6 pg -3 ptg) dan Ahad (9 pg - 4 ptg). Manakala pada malam Rabu di bulan-bulan musim panas (Disember-Febuari), terdapat pasar malam yang menawarkan makanan, bar, hiburan dan pelbagai gerai lain.
Pasar ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu The Deli Hall, Elizabeth Street Shops, F shed laneway, Vic Market Place Food Court, Fruit and Vegetables, The Meat Hall, Organics, General Merchandise, Victoria Street Shops dan the Wine Market. Banyak bangunan lama yang masih dijaga dengan baik dia antaranya adalah The Meat Hall dibina pada tahun 1869, The Sheds, 1878, Kedai-kedai dua tingkat di Victoria Street, 1887 dan kedai-kedai setingkat di jalan yang sama, 1884 and 1890. 


No comments:

Post a Comment