Selepas balik dari Werribee Park, isteri mencari-cari destinasi baru untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama sambil menggunakan kesempatan yang ada untuk melihat negara orang. Peluang yang tersedia perlu digunakan sebaiknya bagi memperolehi pelajaran dan pengajaran dari setiap destinasi yang dilawati. Manafaat yang diperolehi ini penting bagi membuka hati dan minda serta menambahkan koleksi pengalaman untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna.
“Abang, jom kita pergi Fairy Park, hari Sabtu ni...nak tak?" pertanyaan yang disertakan sekali ajakan oleh isteri selepas 2 hari pulang dari melawat Victoria State Rose Garden dan The Mansion di Werribee Park.
“Apa benda tu Fairy Park." tanya saya kembali, sambil mengacah-acah Nur Humairah yang beberapa hari lagi umurnya akan mencecah 100 hari.
“Laa.. taman tema untuk kanak-kanak, lebih kurang macam disney land tu la.. tapi fairy park ini kecik je. Apa orang kata, ala ala disney land gitu!" isteri menjawab pertanyaan saya dan memberi tamsilan dengan bersemangat sekali. Ya, semangatnya untuk pergi berjalan-jalan tidak pernah kendur walaupun kami terpaksa membawa bersama dan melayan kerenah 3 anak-anak kami yang masih kecil berumur bawah 5 tahun.
"Ya ke.., kat mana tu?"
"Atas sikit dari werribee park yang kita pergi minggu lepas, lebih kurang sejam setengah drive dari rumah kita"
“Puhh....jauh jugak tu..."
“Alaa.. boleh laa... kesian budak-budak, berilah sedikit reward pada mereka...tentu mereka seronok."
“Tapi berapa tiket masuk?"
“Dewasa $16 , kanak-kanak 3-13 tahun - $8, bawah 3 tahun free....”
“kalau untuk kita sekeluarga, berapa?"
“emm...$58”
“hah...boleh tahan juga tu..."
“Ala...boleh la bang....sekali sekala, apa salahnya...lagi pun baru lebih kurang setengah jam gaji Ila teaching.” Pujuk isteri bila melihat saya seakan keberatan.
“Siapa lagi pergi?” Saya mengusulkan soalan, meminta penjelasan .
"Tak tahu lagi, nanti Ila post dalam FB kalau ada sesiapa yang berminat nak gi sama. Tapi kalu tiada orang nak pergi, kita sekeluarga je lah pergi” begitu berazam sekali isteri .
Ok..tapi kalu nak pegi, kita gi awal sikit, pukul berapa park tu buka? saya memberi reaksi kepada jawapan isteri.
"pukul 10 pagi"
“Hah.. kalu macam tu.... kita pergi hari Sabtu, pukul 8 pagi, sebab sekarang ni siang semakin awal. Kalau kita gi awal, boleh balik awal... takut budak-budak tak tahan panas”
"Lagi pula kalu pukul 8 kita bertolak, campur perjalanan sejam setengah, kita sampai pukul 9.30... just nice sebelum masuk, kita sarapan dulu...baru kuat nak pusing kat dalam park tu..." saya menyatakan persetujuan sambil memberi pendapat.
"ok..nanti Ila pos kat fb"
“salam kak zila. nk tnya besok confirm ker bertolak pukul 8pg...” begitu mesej yang dihantarkan oleh Roshida, pada hari Jumaat menerusi Fb, yang berminat hendak pergi bersama. Roshida ialah isteri Nasyran yang sudah beberapa bulan datang ke Australia bagi melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD. Mereka juga merupakan antara jiran terdekat kami.
“iAllah jadi, nak tolak awal sebab jauh gak dalam 1 jam 40 minit. kawasan nak teroka tu pulak luas...ada tempat boleh picnic n bbq...boleh kita balik awal sikit. akak tak de no tepon shida...no akak 04306108XX / abg mat 04264029XX... tempat tu buka pukul 10 pg...sedang elok, sampai kita isi perut dulu, baru berjalan“ demikian jawapan balas isteri.
Akhirnya seperti yang dirancang, kami sekeluarga bersama Nasran sekeluarga bertolak ke Fairy Park pada 10 hb. Nov 2012 bagi meluang masa, bersantai bersama keluarga masing-masing. Entri kali ini, saya ingin berbagi pengalaman kami pergi ke Fairy Park kepada semua pembaca. Semoga ianya bermanafaat......
|
Fairy Park dikenali juga sebagai Fairytale Park atau Fairytale Theme Park |
Fairy Park yang juga dikenali sebagai Fairytale Park atau Fairytale Theme Park terletak di puncak bukit berbatu di Anakie, berhampiran Geelong. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit dari Oakleigh East, 1 jam dari Melbourne dan 30 minit dari Geelong. Taman tema untuk kanak-kanak ini dibuka sepanjang tahun kecuali Hari Krismas dari 10 pagi hingga 5 ptg. Ia mula dibuka pada bulan Disember 1959. Taman ini adalah idea Peter Mayer, seorang pendatang Jerman ke Australia. Keluarga Mayer membuat sendiri banyak bahan pameran , sebelum membeli tanah di Anakie dan membuka taman tema ini. Keluarga Mayer masih memiliki dan mengurusnya sehingga ke hari ini. Fairy Park akan menyambut ulang tahun ke-53 pada Disember tahun 2012 nanti .
|
Pemandangan dari jauh Fairy Park yang terletak di kawasan
puncak bukit berbatu di Anakie. |
Kami sampai di Fairy Park pukul 9.45 pagi dan masuk melalui pintu pagar pertama. Disebabkan pintu pagar kedua untuk masuk ke taman ini belum dibuka, kami mengambil peluang ini bergambar di kawasan persekitaran pintu masuk ini. Taman ini mempunyai dua lapisan pintu iaitu pintu pertama yang sentiasa terbuka dan pintu kedua yang dipagari oleh stainless steel dan dilengkapi dengan bar penghalang. Pintu ini hanya dibuka pada pukul 10 pagi iaitu masa taman ini mula dibuka kepada pengunjung. Memasuki sahaja pintu pertama, terdapat satu patung besar setinggi lebih kurang 20 kaki yang dibina dalam keadaan duduk di antara pintu masuk pertama dan kedua.
|
Patung besar yang dibina di antara pintu masuk pertama dan kedua |
Selepas memasuki pintu kedua dan memandu kira-kira 100 meter ke depan, terdapat Ticket Box bersama seorang petugas yang akan menentukan jumlah bayaran tiket masuk berdasarkan bilangan dan umur pengunjung. Pengunjung tidak perlu keluar dari kenderaan kerana petugas ini akan datang dan melayani pengunjung yang datang di kenderaan mereka. Tiket masuk ke taman ini adalah percuma bagi kanak-kanak bawah dari 3 tahun. Manakala harga tiket untuk kanak-kanak yang berumur 3-13 tahun ialah $8. Bagi orang dewasa yang berumur 14 tahun dan ke atas pula $16 dan tiada harga konsesi. Selain daripada wang tunai, ia juga menerima bayaran menerusi kad kredit, debit dan EFTPOS. Bagi kami sekeluarga seramai 7 orang iaitu 2 dewasa dan 5 kanak-kanak, harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak $58. Selepas memakir kenderaan, seperti yang direncanakan kami makan dulu di kawasan perkelahan yang disediakan sebelum menjelajah taman tema ini.
|
Bergambar di hadapan pintu kedua |
|
Petugas di Ticket Box yang melayani pengunjung di kenderaan mereka
bagi menentu harga tiket yang perlu dibayar sebelum masuk ke Taman Tema. |
|
Kawasan perkelahan yang agak luas disediakan |
|
Kawasan parkir kenderaan sebelah dengan tempat berkelah |
|
Mengalas perut dulu sebelum meneroka Fairy Park |
Fairy Park ini terbahagi kepada tiga kawasan utama iaitu Fairytale Land, Camelot Playground and the Elephant Rock Picnic Grounds. Taman ini mempunyai 22 babak animatronik cerita-cerita dongeng, ditempatkan di istana, kotej dan gua buatan yang dibina seta diatur dengan rapi. Diilhamkan dari penglipurlara Eropah, seperti Jacob dan Wilhelm Grimm, cerita-cerita dongeng di Park Fairy merangkumi hampir semua cerita kegemaran kanak-kanak, termasuk Cinderella, Three Bears, Jack dan Beanstalk, Alice in Wonderland, Snow White, Little Red Riding Hood, The Three Little Pigs, Goldilocks, Pinnichio dan banyak lagi. Fairytale Land di taman ini mengandungi lebih 22 babak cerita buatan tangan, disertakan bunyi digital dan pencahayaan yang boleh dianimasikan dengan menekan butang khas.
Di pintu masuk ke Fairytale Land terdapat patung 2 beradik iaitu Jacob Grimm (1785-1863) dan Wilhelm Grimm (1786-1859). Mereka merupakan ahli akademik dan pengkaji kebudayaan Jerman yang mengumpul cerita rakyat lama dan menghasilkan beberapa koleksi cerita-cerita dongeng yang dikenali sebagai The Grimm's Fairy Tales. Mereka adalah di antara penglipur cerita-cerita rakyat Eropah yang terkenal dan hasil kerja merekalah yang mempopularkan cerita-cerita yang terdapat di Fairy Park ini.
|
pintu masuk ke Fairytale Land |
|
Patung 2 beradik iaitu Jacob Grimm (1785-1863) dan Wilhelm Grimm (1786-1859) |
Fairytale Land
Kotej dan istana tersergam di taman yang rimbun di sisi bukit. Banyak kotej dan ciri-ciri taman adalah mewakili gaya binaan bangunan tradisional Jerman. Taman-taman juga melengkapkan gaya ini, dengan dinding batu,pokok-pokok pain dan hujungnya dipotong rapi. Menghala ke hadapan dari peta fotografik di pintu masuk ke Fairytale Land kita akan melalui Kotej cendawan ajaib 'Happy Gnomes' dan kemudian air terjun Putera Katak. Babak air terjun Putera Katak agak mempesonakan dan mempunyai banyak butang dilekatkan pada dinding untuk kanak-kanak tekan. Bila butang ini ditekan, aliran air akan keluar dari mulut patung katak dan pastinya akan membuatkan kanak-kanak gembira.
|
Bergambar di hadapan peta fotografik pintu masuk ke Fairytale Land |
|
Kotej cendawan ajaib 'Happy Gnomes' |
|
Suasana di dalam Kotej cendawan ajaib 'Happy Gnomes' |
|
Susur jalan ke air terjun Putera Katak |
|
Pandangan sisi Air terjun Putera Katak |
Melewati air terjun Putera Katak, kita akan melihat Snow White dan pondok Tujuh Kerdil dan bangunan jenis lubang-hobbit di mana Snow White bangkit. Sebelum istana dengan jambatan terdapat beberapa patung cendawan ajaib dan air pancur di taman sebelah kanan. Istana ini sangat cantik dan dikhususkan untuk Rumplestiltskin, Cinderella dan Puss In Boots.
|
Asyik melihat pancuran air di Air terjun Putera Katak |
|
Bergambar di atas jambatan berhampiran Air terjun Putera Katak |
|
Kotej Tujuh kerdil dan rumah jenis lubang-Hobbit |
|
Replika cendawan Ajaib |
|
air pancuran di taman |
|
Snow White dan 7 siKerdil |
|
Pemandangan dari jauh Fairy Castle |
|
Bergambar di hadapan Fairy Castle |
|
Bergambar di hadapan kotej Cinderella |
|
Rumplestiltskin |
|
Cinderella sedang menari di dewan tarian |
|
Raja dan permaisuri menghadiri jamuan makan di Puss In Boot |
Di atas satu lagi jambatan dan di luar istana, selepas berjalan kaki beberapa langkah kita akan menemui sebuah gua. Gua ini mempunyai satu terowong pendek yang menempatkan babak-babak dari The Magic Carpet, Aladdin, Sinbad, Ali Baba dan dan penjinak Ular. Ular tersebut kelihatan begitu 'real'.
|
Jambatan menuju ke Gua-The Arabian |
|
Terowong di dalam gua di mana Alladin dan Sinbad boleh ditemui |
|
Karpet Ajaib |
|
Alibaba |
|
Alladin |
|
Sinbad |
Di luar terowong adalah kotej Tiga Beruang, dengan tabir penutup tingkap yang menarik dan suatu pemandangan panorama di sebelahnya.Tiga beruang dan Goldilocks dapat dilihat dalamnya. Manakala di sebelah kiri ketika meninggalkan kotej Tiga Beruang, kita boleh melihat adegan rumahkasut (shoehouse) yang dilekatkan ke batu.
|
Kotej Three Bears |
|
Three Bears |
|
Rumah kasut yang dilekatkan pada batu. |
Seterusnya adalah Istana Pinocchio dan kanak-kanak suka memanjat anak tangga dan mengetuk pintu yang bersaiz kanak-kanak yang dipasang pada dinding. Di istana kita dapat melihat Pinocchio yang mempunyai hidung yang panjang dan tersendiri. Di sini juga ditempatkan Geppetto yang memainkan akordion Hohner dan pari-pari biru yang cantik bersama dengan tongkat saktinya.
|
Istana Pinocchio |
|
Pinocchio dan Pari-pari biru bersama dengan tongkat saktinya |
Jack dan Beanstalk pula ditempatkan di kotej kecil dan Jack memanjat ke atas beanstalk yang ditetapkan di sisi batu besar di atas bukit. Menyusul selepas itu adalah kotej Red Riding Hood, di mana serigala yang besar berpakaian seperti seorang nenek dan Red Riding Hood bercakap kepadanya.
|
Jack and the Beanstalk |
|
Kotej Jack and the Beanstalk |
|
Kotej Red Riding Hood
|
Selepas berjalan dan melewati kincir air untuk Siegfried, Raja Nibelungs dan Tujuh Kanak kecil di sebuah kotej yang lebih besar dengan balkon bersaiz ukuran kanak-kanak. The Town Musicians berada di sebuah kotej di jalan keluar. Menghala ke depan terdapat sebuah telaga (wishing well) dan suatu pemandangan menarik main castle yang terletak di atas bukit. Puff the Magic Dragon ditempatkan di taman di sebelah kanan dan diikuti oleh Kotej Perempuan Sihir dari Hensel dan Bretel di persimpangan jalan.
|
Siegfried, King of the Nibelungs dan disebelahnya adalah kincir air |
|
Kotej The Wolf & Seven Little Kids |
|
serigala |
|
Kotej The Town Musician |
|
The Town Musician |
|
Puff The Magic dragon |
|
Bergambar bersama dengan Puff The Magic dragon |
|
Ye Old Wishing Well |
|
Kotej Perempuan Sihir dari Hensl dan Bretel |
|
Perempuan Sihir dari Hensel dan Bretel |
Castle Café & Summit
Belok ke kanan untuk menuju ke Castle Café di atas Elephant Rock, termasuk the summit dengan pemandangan panorama, model keretapi, muzium keretapi dan banyak lagi. Muzium Keretapi kecil di dalam Castle menempatkan koleksi model kereta api Markilin (guage 1) yang jarang ditemui. Melangkah masuk ke dalam bilik gelap yang bersebelahan dengan Muzium Kereta Api untuk melihat Model Jalan Keretapi yang berukuran kira-kira 5m x 2m. Kanak-kanak pasti teruja dengan model Jalan Keretapi ini kerana terdapat beberapa butang yang perlu ditekan bagi menggerakkan kereta api melalui jalan,terowong dan kawasan berbukit.
|
Castle Café terletak di atas Elephant Rock |
|
Castle yang menempatkan Museum model jalan dan keretapi |
|
Bergambar di dalam Museum model jalan dan keretapi |
|
Koleksi model keretapi |
|
Model jalan dan kereta api |
Rapunzel dan Sleeping Beauty boleh didapati di bahagian atas - Sleeping Beauty ditempatkan di sebuah istana kecil yang cantik, berhampiran dengan summit. Kanak-kanak boleh mengintai melalui pintu untuk melihat babak kejadian. Di sini pemandangan indah boleh dilihat dan dirakam gambarnya dengan lensa kamera. Di Puncak atau summit ini juga terdapat satu teleskop untuk melihat kawasan luar bandar di sekitarnya. Usai melihat dan menikmati pemandangan luarbandar dengan teleskop, kita boleh berjalan kaki dari Istana Café ke sekitar belakang batu untuk melihat Band 5 Daisie - band pemuzik yang diukir di atas batu. Seterusnya menuruni bukit untuk melihat ukiran yang agak hodoh The Apes. Kotej Alice in Wonderland menyusul selepasnya, dengan mural cantik yang diukir pada dinding kotej.
|
Band 5 Daisie |
|
Seeping Beauty Castle |
|
Rapunzel |
|
The Apes |
|
Mural cantik yang terdapat di dinding kotej Alice in wonderland |
Camelot Playground
Taman Permainan Camelot adalah taman permainan bersaiz besar dengan satu pintu masuk utama, yang direka untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sibuk. Terdapat terowong, menara, penjara, menara dan patung dongeng untuk kanak-kanak memanjat dan banyak peralatan permainan termasuk luncur gergasi,korsel, bundaran dan ayunan. Berhati-hati untuk tidak menekan butang di menara pusat atau anda mungkin mendapat kan kejutan basah!. Kanak-kanak suka di Taman Permainan Camelot dan akan mahu untuk berada dan bermain berlama-lama di sini kerana ianya mempunyai banyak perkara yang unik yang harus dilakukan seperti sebuah istana sebenar. Mereka boleh berlari di sekitarnya dan sangat bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai tenaga yang banyak.
|
Pintu gerbang yang merupakan pintu masuk ke Camelot Playground |
|
Hafiz sedang menggelonsor di Slide besar |
|
Slide atau luncur yang panjang ini pastinya membuatkan
kanak- kanak teruja dan seronok |
|
Nur Hidayah sedang menunggang Replika Kuda |
|
Menaiki anak tangga ke Menara yang terdapat di Camelot Playground |
|
Suasana di dalam Menara yang terdapat di Camelot Playground |
|
Pemandangan dari atas Camelot Playground |
|
Pemandangan di dalam Tembok Camelot Playground |
Setelah lima jam berada di taman ini, kami semua bertolak pulang pada pukul 3.15 petang. Anak-anak kami sangat seronok bermain di taman permainan ini, sehingga kami terpaksa memujuk mereka kerana tidak mahu pulang dan masih ingin meneruskan bermain. Fairy Park adalah tempat yang khusus untuk berperi mengenai cerita dongeng, mitos dan legenda. Satu puncak bukit berbatu yang menakjubkan,direka menjadi tempat yang benar-benar unik di mana keluarga dan rakan-rakan yang datang untuk berehat dan menghabiskan masa bersama-sama dalam persekitaran yang tenang. Untuk menghayati dan menikmati persekitaran serta semua babak cerita yang terdapat di taman ini, sekurang-kurangnya kita perlu menghabiskan masa seharian bagi memuaskan hati. Taman ini sesuai untuk golongan muda dan mereka yang 'berhati muda'.
No comments:
Post a Comment