Puasa Ramadan adalah salah satu daripada 5 rukun Islam yang disyariatkan pada tahun 2 Hijrah. Perang Badar merupakan peperangan pertama di antara orang Islam dengan golongan kafir yang berlaku dalam bulan Ramadan pada tahun itu juga. Perintah puasa jatuh pada tahun yang sama dengan diturunkannya perintah berjihad (perang melawan kaum musyrik) iaitu pada saat Rasulullah s.a.w. menghadapi perang Badar tahun kedua Hijriah.
Yang pertama
kali turun adalah perintah puasa dalam firman Allah SWT: "Wahai
orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa "(QS
Al-Baqarah:183). Kemudian selepas beberapa waktu turunlah ayat: "Dan perangilah
di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,(tetapi) janganlah kamu
melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
melampaui batas."(QS Al-Baqarah:190).
Ada hubungan
yang sangat erat antara perintah puasa dan perintah jihad. Puasa dan Jihad adalah dua ibadah yang berisi peperangan. Puasa adalah ibadah berperang melawan
kejahatan metafizik, iaitu hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati. Musuh kita
saat berpuasa tidak nampak kerana kebanyakan berada dalam diri kita. Sedangkan
Jihad adalah ibadah berperang melawan kejahatan fizik (kaum musyrik) atau musuh
yang nampak di luar diri kita. kedua ibadah tersebut menuntut persiapan mental
yang sangat besar. Keduanya menuntut pengosongan jiwa dari dominasi keduniaan
demi terciptanya kesucian ibadah dan keikhlasan.
Dalam terminologi
fiqh, jihad ertinya memerangi orang kafir demi menegakkan syariat Islam. Jihad
juga boleh diertikan memerangi hawa nafsu. Jihad merupakan puncak ketinggian dalam Islam. Sesiapa yang berjihad akan memperolehi tingkat yang tinggi dalam syurga dan mereka juga mendapat kemuliaan di dunia.
Seperti yang kita maklum bahawa manusia adalah suka mengikut kemahuan hawa nafsu dan cenderung kepada kesukaan, keinginan dan kelazatan. Jadi Allah fardhukan puasa ke atas manusia supaya manusia itu berjihad melawan godaan hawa nafsu hingga jadilah manusia itu bersih daripada sifat dan perangai kebinatangan dan berhias dengan sifat-sifat yang terpuji.
Ramadhan adalah bulan untuk melawan hawa nafsu. Melawan hawa nafsu atau mujahadah bukanlah satu tugas yang mudah. Kalau nafsu berada di luar jasad kita, dapatlah kita pegang dan menentang serta membunuhnya. Tetapi nafsu berada di dalam diri kita mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh badan kita. Begitulah gambaran betapa besar dan sukarnya jihad melawan hawa nafsu. Orang yang berperang melawan hawa nafsu ini nampaknya seperti duduk-duduk sahaja, tidak sesibuk orang lain tetapi yang sebenarnya telah membuat kerja yang besar. Kerja itu adalah berjihad melawan hawa nafsu dan bertarung bagi merebut kemenangan.
Tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan selamanya. Dalam ilmu tasauf nafsu jahat dan liar ini disebut mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sumaah, ujub, cintakan dunia, gila harta, gila pangkat, banyak berbicara, hasad dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri, pemarah, tamak, sombong dan banyak lagi. Sifat-sifat ini melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosoknya, sifat-sifat itu menjadi semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya jika kita rajin menggosoknya, hati akan bersih dan jiwa akan suci.
Sebagai seorang muslim, perjuangan hebat yang perlu kita tempuh adalah puasa Ramadhan. Puasa adalah ibadah yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia di antara hamba dan tuannya kerana gerak-geri amalan puasa tidak boleh dinilai oleh orang lain. Jika kita berpuasa, kita bukan sahaja menahan diri daripada keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan seperti mulut, mata,hati dan kemaluan juga turut berpuasa.
Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah. Amalan wajib dan sunat dilipat gandakan di bulan Ramadhan ini. Puasa adalah proses latih tubi pembersihan hati. Ianya adalah pembersihan dalaman, mendisiplinkan jiwa, memperkukuh dan memperelokkan akhlak. Oleh sebab itu terdapat dua aras pengukuran nilai puasa, iaitu puasa ramadhan kita itu adalah semata-mata menahan lapar dan dahaga ataupun kita berpuasa dan dalam masa yang sama kita mengambil berat dalam aspek pembersihan jiwa dan akhlak.
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
Sempena bulan yang mulia dan berkat ini, marilah kita sama-sama bermujahadah dengan diri sendiri, mengawal segala perbuatan agar ianya selaras bertepatan dengan syariat tuntutan agama. Marilah kita menghiasi diri dengan amalan kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan. Bentuklah ahli keluarga menjadi insan bertaqwa dengan amalan puasa wajib dan diisi pula dengan amalan-amalan sunat pada siang dan malam di sepanjang bulan Ramadhan.
Walaupun impian ini memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambaNya. Anugerah ini datang hanya sekali setahun dan merupakan suatu jihad serta pengabdian diri seorang hamba kepada penciptanya. Sesungguhnya MUJAHADAH itu PAHIT kerana SYURGA itu MANIS!
"Dan tiadalah Aku berani
membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan
kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka
terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani." (QS Yusuf : 53)
Sebagai seorang muslim, perjuangan hebat yang perlu kita tempuh adalah puasa Ramadhan. Puasa adalah ibadah yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia di antara hamba dan tuannya kerana gerak-geri amalan puasa tidak boleh dinilai oleh orang lain. Jika kita berpuasa, kita bukan sahaja menahan diri daripada keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan seperti mulut, mata,hati dan kemaluan juga turut berpuasa.
Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah. Amalan wajib dan sunat dilipat gandakan di bulan Ramadhan ini. Puasa adalah proses latih tubi pembersihan hati. Ianya adalah pembersihan dalaman, mendisiplinkan jiwa, memperkukuh dan memperelokkan akhlak. Oleh sebab itu terdapat dua aras pengukuran nilai puasa, iaitu puasa ramadhan kita itu adalah semata-mata menahan lapar dan dahaga ataupun kita berpuasa dan dalam masa yang sama kita mengambil berat dalam aspek pembersihan jiwa dan akhlak.
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
Sempena bulan yang mulia dan berkat ini, marilah kita sama-sama bermujahadah dengan diri sendiri, mengawal segala perbuatan agar ianya selaras bertepatan dengan syariat tuntutan agama. Marilah kita menghiasi diri dengan amalan kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan. Bentuklah ahli keluarga menjadi insan bertaqwa dengan amalan puasa wajib dan diisi pula dengan amalan-amalan sunat pada siang dan malam di sepanjang bulan Ramadhan.
Walaupun impian ini memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambaNya. Anugerah ini datang hanya sekali setahun dan merupakan suatu jihad serta pengabdian diri seorang hamba kepada penciptanya. Sesungguhnya MUJAHADAH itu PAHIT kerana SYURGA itu MANIS!
No comments:
Post a Comment